April 26, 2010
Birthday Ke-6 Tahun.. Tak lama lagi!
Tadi baru aku perasan tarikh lahir blog Pertmuffin - Open Till Midnite : since May 2004.
Tak lama je lagi, genap usia blog ini 6 tahun.
Kalau tengok reputasi dan blog aku nih, mmg la sangat kasihan.
Dah la pucat lesi.. kerap bersawang... ada labah2 dan banyak makhluk aneh.. aih...
Kalau setakat kena komplen dengan unknown blogger mengenai layout dan backgroud blog nih, usah cakap le... dah berbuih mulut diorang.... hik! (jahat okehhh nak komplen aku tapi tak bagitau nama!)
Tengok blog rakan2 yang lain, walaupun baru setahun jagung, tapi sangat meriah dan berwarna warni.. *cemburu buta*
Ahh! Aku mesti buat sesuatu!!!
Ekceli bukan taknak masukkan background apa kejadah sume tu.... tapi pc aku sebelum nih... superkuno tahap ko nak donlod lagu pun makan 7-8 jam... siap hang lagi!! takde maknanye aku letak bekgraund segala bagai kalo lepas tu dia asyik hang aje. kannnnnnnnn???
Sebab tu la aku belasah bekgroun putih aje..
Aku nih nama jek keja kilang kompiter tapi diri sendiri pun pakai Celeron zaman batu *nangis laju2*
Sekarang dah ok... heeee.... Azat dah bli laptop baru & strimik pun dah ada kat rumah..
Jadi aku bercadang utk menaiktaraf blog ini sebelum hari jadinya yg ke 6 tahun.
Masalahnya, aku tak tau cemana nak cari background yg mantap2 tu sume..?
Jadi, aku beri peluang pada sesapa je yg baca entry nih, sila beri cadangan dan idea2 bernas.
Cadangan yang terbaik akan diabadikan dalam blog ini...dan akan menerima hadiah misteri dari aku kelak..
Terima kasih :)
April 23, 2010
Sampai Hati Nenek!!!
Elok diorang sampai rumah aje, kakcha masuk bilik salam aku. Wah, siap bersanggul perempuan ini.. I like..!! Nampak kemas.. Dia selalu ikat je rambut...nampak messy.
Lepas kiss dia, terus aku cari adik rayyan. Masa tu dia membelakangkan aku... Aku panggil dia, dia toleh.. Sekali............ tengok muka dia yg pelik tu terus aku rasa nak nangis.
Rambut anak aku.........!!!!!!!
Aku tanya kakcha sapa buat? Dia kata nenek yg potong. Tapi adik rayyan joget2 sbb tu senget.. aaihh... (T_T;)
Aku baru je cadang nak buatkan ala korean-hairstyle (koff!!) utk adik rayyan... Sekarang suda surupa itu Abu Bakar Elah..
April 21, 2010
Edisi sila Menangis
Tengok gambar nih cukup laaaa menerangkan bagaimana kesannya kalau membiarkan anak tanpa pengawasan kurang dari 1 minit...!!
Aku baru nak marah kakcha, tetiba dia cakap "Ibu jangan marah icha sbb icha dah tolong marah adik rayyan. Dia yg sepahkan.."
aku tengok muka rayyan.... dia terus buat2 tak kenal aku !
Aaaaaiihhhhh!!! *nangis laju-laju*
..................penatnyaaa..................!!!!!!
moral : jangan letak suratkhabar merata2
April 19, 2010
Mesti belajar Mengira! Mesti!!
Hello olls..!~
Hari nih aku nak share citer pasal MATEMATIK. Korang minat tak subject matematik / ilmu hisab / pengiraan ape sume tu lah..????
Aku tak...! sumpah tak..!! Nak2 matematik tambahan.Dah la dapat cikgu botak dan langsung tak kacak serta suka ketawa seorang diri.. Apa dia cakap sepatah haram aku tak masuk otak. Memang misteri.
Tak tau la kenapa... tapi mostly dari cikgu sampai ke lecturer yg ajar aku Math semuanya mempunyai kriteria yg hampir sama. Biasa time skola dulu aku dapat add Maths 4/100 atau 2.5/100. ya! ya! aku tau..mmg markah yg sangat hina. Kalau dapat 40/100 tu aku mmg siap2 frame dah kertas exam tu dan tampal kat papan kenyataan kelas!
Aku cuma belajar betul2 math & add maths masa nak SPM sebenar aje. Sangat bertungkus lumus tahap tak ingat benda lain dah... Alhamdulillah dapat result cemerlang *muka kerek* dalam Math dan lulus Add Maths. Jadik laaa..kannnn!!??
Ok, kenapa citer pasal matematik?
Gini, semalam adalah Girls day Out bersama anak masing2.. Aku dan adik2 aku Teh & Najwa bersama anak masing2 dan meninggalkan suami masing2 (koffff!!) telah bersama2 bersatu tenaga utk berfoya-foya mencuci mata dan shopping serta makan-makan dan bergossip tentang jiran tetangga dan rakan sekerja. (-_-;)
Lokasi sasaran kami adalah pusat membelibelah popiler dibandar Melaka.
Masa tengah jalan2 tu aku ternampak la satu stall yg jual beraneka jenis kek lapis.
Menitikkkkk air liur uolss!!Aku kan pencinta makanan.. haruslah aku teruja kan?? Dah la berwarna warni.. nampak fresh dan sungguh mengiurkan.Aku pun gi lah kat stall tu. Budak yg jaga kedai tu pun agak ramah tamah dengan aku. Harus laa ramah kan...kalau menyombong baik tak payah meniaga..
Harga kek lapis kat situ pun agak ok la... Aku berkenan pada kek yg dah siap slice ketulan kecil dan ada 3 flavour dalam satu pack. Harganya cuma Rm13 saja. Lebih kurang trial pack kekdahnye..
Aku pun angkat la 2 pack yg berharga rm13 tu. Masa nak bayar tu, aku tengok budak yg jaga stall tu terbongkok2 cari something dalam laci.Lama gak dia cari benda tu...akhirnya jumpa. Ingatkan apa, rupanya adalah sebuah KALKULATOR.
Muskhil.. tapi aku diam aje la.. Kenapa ambik calculator eh? Aku pun bergossip la dengan perasaan sendiri "ohh agaknya dia nak kasi diskaun kot sbb aku beli 2 pack.." (gossip sia-sia)
Aku tengok dia tekan - '1,3 + 1,3 = 26'
Lepas tu dia cakap "ok kak, sume skali RM26 je"
*jatuh*
bergurau apa!!??!!!!!
Adakah susah sangat nak mengira Rm13 + Rm13 sampai buat aku terpaksa menunggu dia mencari kalkulator begitu lama semata2 nak mengira jumlah pembelian aku?!
aaaiiih.... *kecewa*
Aku tuduh mesti budak ni selalu ponteng kelas matematik!!
Terus berjanji dengan perasaan sendiri "Aku mesti ajar kakcha dan adik rayyan belajar matematik dengan bersungguh2 kelak!!"
Nasib baik la budak tu berwajah lembut dan berbudi
bahasa.. Walaupun dia tak begitu cerdik mengira, aku
maafkan la dia dan tetap mendoakan peniagaan dia berjaya.
Amin.
Sekian.
My Angel Craft Contest - Kategori B
Hello korang..
Kali nih aku nak support Contest yg dianjurkan oleh member lama aku Ms. TiQ.
Contest nih agak mudah dan simple gile.. So, jom join ramai2!!
Syarat dan cara penyertaan boleh tengok kat sini :
http://myangelcraft.blogspot.com/2010/04/my-angel-craft-contest.html
Cuma perlu buat slogan "My Angel Craft...." ( tak lebih 15perkataan ye ).
April 18, 2010
Pengalaman Menjadi "Emak TyraBengs"
Sejak2 ade lappy (muntah) baru kat rumah bila2 pun gigih apdet blog sekarang.. hehei!!~
Semalam azat takde... so pagi2 buta aku dah online fesbuk.
Tetengah online tetiba ada sms masuk, ooh kak Nani rupanya.
Gedebak gedebuk... dia cakap member dia nak pinjam Kakcha dan Adik Rayyan utk jadi model dia. Actually member dia tu (Era namanye) adalah freelance photographer. So dia nak ketik gambar kanak2 utk portfolio dia la kekdahnya...
Eh'ehh....kau agak aku akan menolak ke nokss??? Haruss la aku terima offer tu dengan hati yg berbunga2.. hihi. Lagipun bukan murah tau nak berketik2 gambar dengan photografer pro..
Aku kejut kakcha.. tanya kat dia "nak tak jadi model hari nih ngan kawan ibu?" dia jawap "icha suke dapat pakai mekap.." bergurauu apa!?? ini bukan jawapan!!
So, lepas itu ini, aku pun bawak la 2 orang tonet tu ke Malim - rumah kak Nani. Lokasi yg dicadangkan adalah sawah bendang... Tapi memandangkan cuaca panas yaaamatzzz takut plak anak2 aku garing dalam sawah tu nanti, so Era mencadangkan pertukaran lokasi yakni di Pantai Puteri. Dalam hati aku "mak aihhhh jauh gilee..!" (padahal dalam melake gak..hehehe). Aku memang tak penah drive bawak 2 orang tu tanpa kehadiran azat jauh2.. paling tidak pun area2 bandar melaka aje laa.. bawak diorang makan2 / soping.. Nasib baik kak nani ikut naik keta aku.. so boleh tolong handle la kakcha n adik rayyan. Ah ya, selain kakcha ada sorang lagi girl 6yrs, Akma - anak jiran kaknani pun sekali jadi model smlm.
Sampai kat Pantai Puteri singgah kat TOILET dulu sbb kakcha pantang nampak toilet.. Mesti dia nak gi membuang. Kalau takde perasaan nak membuang (tak kisah le kecik ke besau) paling tidak pun mesti dia nak main air kejap.. eihh!! nak taknak layan kejap. (belum apa2 lagi dah jadi model yg kekwat.. koserr betul perangai kakcha nih)
Lepas tu baru lah sampai kat lokasi penggambaran sebenar (kofff!!!).
Sampai je, terus Era bagi make up suh tacap2 muka model. Tersengih2 kakcha dapat pakai mekap (aku pelik laa.. kenapa budak2 perempuan mesti tau pasal mekap walaupun mak dia takde seketul pun alat solek?) Dah pakai gincu tetiba mulut terus keras tak boleh katup.. Air liur nak terkeluar pun guna kuasa sedutan utk mengelakkan daripada jatuh.. Wahahahha!! mmg tak boleh blahhh tengok budak kecik pakai lipstik!!
Sepanjang sessi penggambaran mmg best la.. Sbb aku rasa Era & husbandnya mmg pencinta budak2. So nampak la mereka tu sabar dan tabah melayan karenah supermodel yg banyak cakap dan banyak songel serta cepat teruja bila dengar bunyi motor aiskrim lalu.. (-_-;)
Lokasi penggambaran pun bestt nokss.... cantik sangat dapat tengok laut yg bersih, kapal2 dan pelantar yg tersergam indah ditengah laut. Tak panas sebab sepanjang persisiran pantai tu penuh pokok rhu. So mmg redup dan sangat nyaman.
Lama gak la sessi bergambar tu. Memula aku pun cam nak ketik skali gambar diorang tapi dengan kamera kompek aku yg dah tercabut lens tu terasa sangat hina dan kerdil jika nak di compare kan dengan DSLR yg hebat, mantap dan bergetah tu.. aaiih... telan liur 60-70 kali aku dibuatkan.. bila lah dapat angkat seketul kan???
Dalam kul 2 sessi ketik gambau pun tamat. Diorang ajak gi makan tapi aku terpaksa menolak sbb nak singgah rumah najwa lagi.. Badan aku pun rasa letih mengalahkan mak supermodel sebenar (T_T;) ... Akhirnya terpaksa meminta diri utk pulang secara berasingan.
Lepas singgah rumah najwa, lepak2 jap.. aku pun bawak bebudak balik terus.
Tak sampai 5 minit, 2-2 dah pengsan kat seat belakang..
Sekian laporan tak berkenaan.
April 16, 2010
Pop Cakes Resepi
1) 1 roll swiss roll * aku tak sempat nak buat kek sendiri - so beli dah siap je :P **
2) 150g cream cheese
3) 50g icing sugar
4) Compound Dark chocolate - pakai brand Beryls lebih sedap
5) White Chocolate + strawberry emulco + fresh cream (fresh cream sikit je.. ala2 nak buat ganache tapi jangan cair)
Cara :
Pukul cream cheese + icing sugar.
Ramas swiss roll sampai hancur dan masukkan cream cheese tadi.
Gaul sebati dan bulat2 kan sebesar saiz ping pong.
Kemudian masukkan dalam petiais at least 2 jam..
Cairkan dark coklat (steam bath).
Cairkan white chocolate + cream + emulco - masukkan dalam piping bag utk hiasan.
Bila pop cake dah keras - celupkan dalam dark chocolate. Buat sampai habis.
Masukkan dalam peti ais sebentar sebelum di hias.
taraaa!! siap!
Tetiba Dapat Award :D
2.PASS THE AWARD ONTO 10 BLOGGER YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND THINK ARE FANTASTIC (sebenarnye dia nk 15 tapi aku tak sempat nak taip byk2..jadi tukar pada 10 sajalah.. kof!)
3. CONTACT SAID BLOG AND LET THEM KNOW THEY HAVE WON THE AWARD
Done (secara berperingkat)
4. STATE 7 THING ABOUT YOURSELF
- suka menulis
- suka makan
- suka memasak
- suka kanak-kanak
- suka melukis
- suka ketik gambar
- suka shopping
p/s: terima kasih byk2 pada AenaReal sbb sudi bagi anugerah pada blog pucat, usang dan bersawang ini. hikhikhik! (ah..ini aku gelak tau! bukan kesedu macam yahudi mabuk..kof!~)