April 18, 2010

Pengalaman Menjadi "Emak TyraBengs"

hello semua..

Sejak2 ade lappy (muntah) baru kat rumah bila2 pun gigih apdet blog sekarang.. hehei!!~

Semalam azat takde... so pagi2 buta aku dah online fesbuk.

Tetengah online tetiba ada sms masuk, ooh kak Nani rupanya.
Gedebak gedebuk... dia cakap member dia nak pinjam Kakcha dan Adik Rayyan utk jadi model dia. Actually member dia tu (Era namanye) adalah freelance photographer. So dia nak ketik gambar kanak2 utk portfolio dia la kekdahnya...

Eh'ehh....kau agak aku akan menolak ke nokss??? Haruss la aku terima offer tu dengan hati yg berbunga2.. hihi. Lagipun bukan murah tau nak berketik2 gambar dengan photografer pro..
Aku kejut kakcha.. tanya kat dia "nak tak jadi model hari nih ngan kawan ibu?" dia jawap "icha suke dapat pakai mekap.." bergurauu apa!?? ini bukan jawapan!!

So, lepas itu ini, aku pun bawak la 2 orang tonet tu ke Malim - rumah kak Nani. Lokasi yg dicadangkan adalah sawah bendang... Tapi memandangkan cuaca panas yaaamatzzz takut plak anak2 aku garing dalam sawah tu nanti, so Era mencadangkan pertukaran lokasi yakni di Pantai Puteri. Dalam hati aku "mak aihhhh jauh gilee..!" (padahal dalam melake gak..hehehe). Aku memang tak penah drive bawak 2 orang tu tanpa kehadiran azat jauh2.. paling tidak pun area2 bandar melaka aje laa.. bawak diorang makan2 / soping.. Nasib baik kak nani ikut naik keta aku.. so boleh tolong handle la kakcha n adik rayyan. Ah ya, selain kakcha ada sorang lagi girl 6yrs, Akma - anak jiran kaknani pun sekali jadi model smlm.

Sampai kat Pantai Puteri singgah kat TOILET dulu sbb kakcha pantang nampak toilet.. Mesti dia nak gi membuang. Kalau takde perasaan nak membuang (tak kisah le kecik ke besau) paling tidak pun mesti dia nak main air kejap.. eihh!! nak taknak layan kejap. (belum apa2 lagi dah jadi model yg kekwat.. koserr betul perangai kakcha nih)
Lepas tu baru lah sampai kat lokasi penggambaran sebenar (kofff!!!).

Sampai je, terus Era bagi make up suh tacap2 muka model. Tersengih2 kakcha dapat pakai mekap (aku pelik laa.. kenapa budak2 perempuan mesti tau pasal mekap walaupun mak dia takde seketul pun alat solek?) Dah pakai gincu tetiba mulut terus keras tak boleh katup.. Air liur nak terkeluar pun guna kuasa sedutan utk mengelakkan daripada jatuh.. Wahahahha!! mmg tak boleh blahhh tengok budak kecik pakai lipstik!!

Sepanjang sessi penggambaran mmg best la.. Sbb aku rasa Era & husbandnya mmg pencinta budak2. So nampak la mereka tu sabar dan tabah melayan karenah supermodel yg banyak cakap dan banyak songel serta cepat teruja bila dengar bunyi motor aiskrim lalu.. (-_-;)
Lokasi penggambaran pun bestt nokss.... cantik sangat dapat tengok laut yg bersih, kapal2 dan pelantar yg tersergam indah ditengah laut. Tak panas sebab sepanjang persisiran pantai tu penuh pokok rhu. So mmg redup dan sangat nyaman.

Lama gak la sessi bergambar tu. Memula aku pun cam nak ketik skali gambar diorang tapi dengan kamera kompek aku yg dah tercabut lens tu terasa sangat hina dan kerdil jika nak di compare kan dengan DSLR yg hebat, mantap dan bergetah tu.. aaiih... telan liur 60-70 kali aku dibuatkan.. bila lah dapat angkat seketul kan???

Dalam kul 2 sessi ketik gambau pun tamat. Diorang ajak gi makan tapi aku terpaksa menolak sbb nak singgah rumah najwa lagi.. Badan aku pun rasa letih mengalahkan mak supermodel sebenar (T_T;) ... Akhirnya terpaksa meminta diri utk pulang secara berasingan.

Lepas singgah rumah najwa, lepak2 jap.. aku pun bawak bebudak balik terus.
Tak sampai 5 minit, 2-2 dah pengsan kat seat belakang..


(tolong jangan saman sbb kancil aku terlalu kecil utk letak car seat dan sebagainye.... ohokss!!)


Sekian laporan tak berkenaan.

8 comments:

Tiq said...

alalala..comei nyer..konfem penat dorang berposing ..post ler gambo dorang awe

PertMuffin said...

rasanya photographer tu lagii penat tiq sbb layan karenah supermodel yg suka berlari kesana sini.. hehehee...

gambau tunggu si Era pos... nanti dah dapat aku tepek kat sini.
aku pun x sabau nk tengok sebenarnye. hihi!

Anonymous said...

erm, kenapa era tidak berminat mengambil kamu sebagai model? misterius...

Anonymous said...

dan satu lagi, kenapa ada bintik2 hitam pada kerusi kereta kamu hah?? apakah kamu menakal??

aku ada lah Anonymous!

PertMuffin said...

sorry, i don't talk to stranger
*jeling*

Tiq said...

uish..konfem demand tinggi sgt..hehehe

p/s: aku tunggu entri ko nih utk join contest..tak nak menang hadiah pree ke? hehehe

PertMuffin said...

hahah! si anny nih kalo tak polis, jasrul, tak pun meni..eh tak, meni mesti tulis nama..
tengok dialog macam jasrul :p

Anonymous said...

tidak! aku bukan jasrul aka pokrol..

apa buktinya aku adalah jasrul yang kacak itu? kau tak de bukti,kan...

kau cuma ada bukti bahawa jasrul mmg kacak. maaflah!

jasrul, kalau kamu membaca ini.. ingin dimaklumkan bahawa kamu mmg kacak!

sekian..