April 19, 2010

Mesti belajar Mengira! Mesti!!



Hello olls..!~


Hari nih aku nak share citer pasal MATEMATIK. Korang minat tak subject matematik / ilmu hisab / pengiraan ape sume tu lah..????

Aku tak...! sumpah tak..!! Nak2 matematik tambahan.Dah la dapat cikgu botak dan langsung tak kacak serta suka ketawa seorang diri.. Apa dia cakap sepatah haram aku tak masuk otak. Memang misteri.


Tak tau la kenapa... tapi mostly dari cikgu sampai ke lecturer yg ajar aku Math semuanya mempunyai kriteria yg hampir sama. Biasa time skola dulu aku dapat add Maths 4/100 atau 2.5/100. ya! ya! aku tau..mmg markah yg sangat hina. Kalau dapat 40/100 tu aku mmg siap2 frame dah kertas exam tu dan tampal kat papan kenyataan kelas!


Aku cuma belajar betul2 math & add maths masa nak SPM sebenar aje. Sangat bertungkus lumus tahap tak ingat benda lain dah... Alhamdulillah dapat result cemerlang *muka kerek* dalam Math dan lulus Add Maths. Jadik laaa..kannnn!!??


Ok, kenapa citer pasal matematik?


Gini, semalam adalah Girls day Out bersama anak masing2.. Aku dan adik2 aku Teh & Najwa bersama anak masing2 dan meninggalkan suami masing2 (koffff!!) telah bersama2 bersatu tenaga utk berfoya-foya mencuci mata dan shopping serta makan-makan dan bergossip tentang jiran tetangga dan rakan sekerja. (-_-;)


Lokasi sasaran kami adalah pusat membelibelah popiler dibandar Melaka.


Masa tengah jalan2 tu aku ternampak la satu stall yg jual beraneka jenis kek lapis.
Menitikkkkk air liur uolss!!Aku kan pencinta makanan.. haruslah aku teruja kan?? Dah la berwarna warni.. nampak fresh dan sungguh mengiurkan.Aku pun gi lah kat stall tu. Budak yg jaga kedai tu pun agak ramah tamah dengan aku. Harus laa ramah kan...kalau menyombong baik tak payah meniaga..


Harga kek lapis kat situ pun agak ok la... Aku berkenan pada kek yg dah siap slice ketulan kecil dan ada 3 flavour dalam satu pack. Harganya cuma Rm13 saja. Lebih kurang trial pack kekdahnye..


Aku pun angkat la 2 pack yg berharga rm13 tu. Masa nak bayar tu, aku tengok budak yg jaga stall tu terbongkok2 cari something dalam laci.Lama gak dia cari benda tu...akhirnya jumpa. Ingatkan apa, rupanya adalah sebuah KALKULATOR.


Muskhil.. tapi aku diam aje la.. Kenapa ambik calculator eh? Aku pun bergossip la dengan perasaan sendiri "ohh agaknya dia nak kasi diskaun kot sbb aku beli 2 pack.." (gossip sia-sia)


Aku tengok dia tekan - '1,3 + 1,3 = 26'
Lepas tu dia cakap "ok kak, sume skali RM26 je"


*jatuh*


bergurau apa!!??!!!!!


Adakah susah sangat nak mengira Rm13 + Rm13 sampai buat aku terpaksa menunggu dia mencari kalkulator begitu lama semata2 nak mengira jumlah pembelian aku?!

aaaiiih.... *kecewa*

Aku tuduh mesti budak ni selalu ponteng kelas matematik!!


Terus berjanji dengan perasaan sendiri "Aku mesti ajar kakcha dan adik rayyan belajar matematik dengan bersungguh2 kelak!!"


Nasib baik la budak tu berwajah lembut dan berbudi
bahasa.. Walaupun dia tak begitu cerdik mengira, aku
maafkan la dia dan tetap mendoakan peniagaan dia berjaya.

Amin.

Sekian.

10 comments:

Tiq said...

adui...ingatkan apa ler yg misteri sgt nya tadi si adik tu terbongkok²..rupernyer nk carik kalkulator! hahahaah *geleng² kapla²

PertMuffin said...

tu la pasal.. aku ingat dia nak bagi hadiah percuma ke apa.. rupa2nya cari kalkulator sbb nak kira..
(-_-;)

HaniFadil said...

itu nak double confirm, supaya gaji tak dipotong oleh tuan kedai kalau short.. kekkekeke..

Elly Rocker said...

aa, kau betul! (sebenarnya nak bekap manusia yg mathnya amat memalukan. spm math 7, ambil paper julai = tetap dapat 7!) bangang ke ape :|

z a t i said...

walaupun aku benci nombor..tp sebenarnya aku agak cekap dalam matematik akibat jenius semulajadi.biar dari kecik smpai la dekat uni. OHOK.

riak tak.riak tak.

Anonymous said...

ini bukan kisah misteri.. sebenarnya budak itu hilang ingatkan kerana terkejut kamu hanya mengambil 2 pek sahaja.. biasanya kamu memakan 12 pek, kan..

Anonymous said...

psst.. jasrul, kau mmg kacak!

-Anonymous

Anonymous said...

ya!ya!aku pun kompius lantas bgaduh ingat ko yg spesis kedekut g mrayu mtk kurang rupanya bhadapan dgn genetik yg bmasalah nombor...haaii..l crook..

PertMuffin said...

aku pandai kira pakai sempoah..
ko pandai? pandai? pandai?? *riak*

kianyong7 said...

kekwa! teruja kekwa boleh kira pakai sempoah ! yang cinabeng ni pun tak tau pakai sempoah...huhuhu