September 29, 2006

Selamat Berpuasa...



Heloo semua! Lamaaaanye aku tak update..huhuh! sehingga mendapat kritikan hebat dari awek kajang tu..bukan aku taknak update..tapi aku sibuk dengan tugasan harian aku sebagai seorang ibu (bukan ibu ayam faham!?) dan juga sebagai seorang pekerja bawahan kepada bos aku..
Aih, sekejap saja dah berpuasa hari ke enam..Adakah kau semua berpuasa? Nampak macam kunyah pelan2 aje..*menjeling*
Sempena kedatangan Ramadhan (bukan kedatangan uncle Ramadan yg jual karpet dan kain telekung kat taman aku tu! faham?? tapi, ialah bulan Ramadhan Al Mubaraq), jadi aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kau semua, semoga dikurniakan kesihatan supaya dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna..
Raya nanti jemputlah datang rumah aku..kalau datang bawalah kuih sendiri sebab tahun ini aku beraya di JB dan malas nak beli kuih..aku cuma sediakan air kosong sajalah ..KOff!!
Sebut pasal raya juga, raya ke 3 aku dah mula bekerja..Apalah!! Tak ada semangat kerayaan langsung..geram btul!
Aih..tak boleh menulis lebih panjang..Belakang aku ada boss..dia jeling aje apa aku buat..(-_-;)
Sudahlah..! Jumpa lagi..


Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

Dah puasa ke hari ke enam....



Hello semua...selamat berhari ke6 puasa...
Lama betul aku tak update..akhir2 ini terlalu sibuk dengan tugas harian sehingga menyebabkan aku begitu malas dan merasa leceh untuk update blog ini..
Apa pun aku ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk kau semua.
Semoga dilimpahi kesihatan yang sempurna untuk mudah menjalani ibadah ini..
Nanti raya datang la rumah!! Bawak sendiri kuih raya..aku hanya akan sediakan air kosong saja..KOff!!
Sebut pasal raya, ini tahun aku beraya di JB..hmm..*sedih* tak apa, sekurang2nya jimat kuih raya dan tenaga aku utk melayan orang...hohoho!! (-_-;)
AH, raya ke 3 aku dah mula kerja..keji betul! apalaaa! langsung tak ada semangat raya dibuatnya..
Apa aku melalut pun aku tak tahu..belakang aku ada boss..dia jeling aje apa aku buat..
Nampaknya terpaksa mengundur diri dulu..
Sudahlah! Jumpa lagi kelak...


Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

July 14, 2006

Lissa....

Aihh..aku MC lagi hari nih...takde mood nak mengarang. Kalau begitu aku share sajalah gambar baru si tonet..hohoho!


Baby Lissa, 7 bulan setengah..

April 26, 2006

Lissa...


Hi semua..Lama tak update..hari nih big boss takde..dapat le aku mengulau kejap..heheheh!!
hari nih genap umur Lissa 5 bulan. Kejap je rasanya.. sekarang lissa dah pandai meniarap dan dan mula makan bubur nasi blend atau biskut milna rendam susu..
Tapi malam tadi dia buat perangai. meragam aje..jarang dia macam tu.. aku nih dah la penat kerja..rasa nak pengsan pun ada.....selalunya sebelum aku tido, aku sumbat dia dengan susu + biskut milna sebotol kasi dia kenyang, pastu aku salin pampers all nite, sampai pagi lah dia tido nyenyak..siap mimpi sambil ketawa lagi, kadang2 siap ternganga lagi. Ada waktu je dia bangun kul 3 atau 4, aku bagi minum air masak..pastu tido balik..
Tapi semalam, pukul 11 dia bangun merengek, bagi susu pastu dia tido.. Dah tu, kul 12 bangun merengek lagi..kul 1 lebih merengek lagi, kul 3 merengek lagi, kul 4 pun merengek..sampai le kul 6..Wahh!! tak tahan aku dibuatnya...dengan pening kepala nya, dengan mengantuknya.. biasanya kalau bangun malam, suami aku yg buat susu. sampai pagi, biasa 1 atau 2 botol susu aje yg ada kat side table tepi katil aku tu..tapi malam tadi, ada 6 botol bersusun!! (baby lissa ada berbelas botol susu)

Hmm...aku pun tak faham apa yg dia nak sebenarnya..sakit perut ke? aku dah sapu minyak telon, nak kata demam, tak panas pulak..aku yg sakit kepala dibuatnya..
Ada satu peringkat tu, (tak ingatlah aku bangun kali yg ke berapa semalam) masa dia merengek2 tu aku sampai tinggikan suara kat dia.. aku cakap "Nak apa lagi nih?! Ibu mengantuk lahh!! Tido laaaa Lisaaaaaa!! Esok ibu kerja laa...Bukan Lissa yg bayar gaji ibu! Nanti esok ibu tertido kat opis, bos ibu marah! Nanti kena buang kerja! bla..bla..bla..." entah apa ntah lagi aku merepek2 malam tadi...Padahal lissa bukan paham pun aku cakap apa..Suami aku jeling je aku..dia cakap aku mabuk sbb meracau2 kat baby lissa. Koff!!!

Pendekata memang aku tak puas tido lah..dalam kul 6.20am tu lepas aku bagi dia susu, aku terus pgi mandi. sempat aku tgk kalendar jap.. Ooohhhh!!!!!!! Rupanya hari nih 26hb....patut lah dia meragam.. hari nih genap umurnya 5 bulan.. aku dah peratikan sejak umur dia sebulan lagi, asal 26hb aje, dia mesti tak lena tido..mak aku cakap, dia beralih bulan..(entah lah..nih orang2 tua punya cakap lah..) baby nak membesar...sbb tu meragam sikit.. Nak2 baby aku nih lahir kul 3.45pagi, so banyak meragam tgh2 malam lah.. sabau je lah aku..

Pagi tadi aku sampai je opis, macam biasa tiap2 pagi perkara paling utama yg aku buat ialah, tengok keta bos aku ada ke tak? heheh..nampaknya hari nih lot dia kosong.. cuti la agaknya dia tu.. tak pun mc sbb hari tu suspected denggi.. (serius hari tu aku tak tau nak rasa suka (sebab bos takde) atau nak rasa kesian (sbb dia kena denggi) ah! dah melencong cerita pulak..)
Aku kalo kat opis, biasa chit chat pakai email dengan ngan member2 aku..aku story lah kat ex senior aku masa utm dulu, malam tadi aku tak dapat tido sbb lisa merengek beralih bulan..lissa dah umur 5 bulan..pot pet pot pet..pastu dia reply email tu dengan sesuatu yg buat aku berfikir panjang...

" bukan senang nak hidup 5 bulan ni bila tak reti bercakap, berjalan, semua nak harap kat orang lain… tambah pulak nak masuk 6 bulan ni, lagi ler payah, makin umur bertambah, kunyah chewing gum pun tak reti lagi ni..."
Fikir-fikir, betul jugak apa yang dia cakap tu..apa lah yang Lissa tonet tu tau..bercakap tak reti, berjalan tak boleh, nak bangun sendiri pun belum mampu lagi..tau merengek aje lah...Aku nih ibu, patutnya aku la yg kena buat semua untuk dia...bukannya merungut atau marah pada dia.. bila aku fikir balik, terasa bersalah pulak aku dah cakap melalut2 pada dia malam tadi...

Lissa, maafkan ibu....


Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

April 08, 2006

Layout Baru Ofis ku...


Hai..! Lama tak menulis...akhir2 ini mmg tak ada kesempatan langsung untuk mengulau semasa bekerja. Bos dah tukar layout office. Dia order satu meja panjang yang tinggi (ala-ala macam meja bar tu) dan letak menghadap dinding. Yang lagi best, semua komputer kena letak atas tu..Atas personal table cuma boleh ada paper tray dan alat tulis aje. Hmm...
Dengan adanya layout seperti itu, bos boleh nampaklah apa yg kitorang buat..saiko kan?
Sekali pandang, mmg nampak macam cyber cafe..dua kali pandang, nampak macam kaunter tiket bas ekspres South Johor kat basten Larkin la pulak!
Apa pun yang pasti, aku semakin sukar untuk mengulau! Koff!

AH!!! Boss dah masuk..!! nanti aku sambung..!



Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

February 23, 2006

Kami kini bertiga!!



Hai semua..! Ah..dah lama betul aku tak update... Sekarang dah start kerja, so susah sikit la aku nak update..dah takde masa sangat..jarang dapat online.. Kat opis sibuk dengan kerja..Balik umah pulak dah sibuk nak layan Baby Lissa.. Hari nih baby lissa genap 90 hari. Kejap je rasa..dan yang penting, tarikh ulangtahun perkahwinan aku, 10 hari je lagi..5 Mac 2006. Tak sangka kan, kebetulan anniversary aku tu, usia baby lissa genap 100 hari..
Kehidupan aku benar2 dah berubah!! Dan aku gembira dengan perubahan ini :)
Tak sangka rupanya penat juga menjadi seorang isteri, ibu dan seorang pekerja kolar biru. Rutin harian aku sama setiap hari dan aku tempuhi tanpa rasa bosan buat masa ini (insyallah..) Kalau dulu sebelum ada baby aku bangun tidur pukul 6.30am, mandi, buat yg wajib2, breakfast dan pgi kerja jam 7.15am. Aku mesti ada kat opis sebelum kul 8am. Dulu sedap la, breakfast mak aku yg buat..lepas pakai uniform aje, bukak tudung saji, ngapp! Balik kerja pulak, bukak tudung saji, ngaapp!!
Sekarang tak lagi...sekarang aku bangun awal sikit..6.15 sebab aku perlukan 15minit untuk buat breakfast utk aku dan suami aku.. biasanya aku masak nasi goreng je..aku rajin bawak bekal pergi kerja..jimat sket..lagipun lauk kat kantin kadang2 tak berapa kena dengan tekak aku...Lepas siap2 aku kejut baby lissa..Nak hantar dia kat rumah mak aku..Nasib baik la aku sewa depan rumah mak aku aje..so tak la leceh sangat... Baby lissa nih kalau tidur malam dia lena, dia mesti bangun awal..kul 6am dah ajak aku bersembang..pening2 lalat jugak nak melayan ngantuk2 tu... kalau dia tidur tak lena sangat (asyik bangun aje..) maka time aku nak hantar dia umah mak aku, mesti dia tidur lena..siap ternganga2 lagi...
Aku pergi kerja tetap kul 7.15 macam biasa.. Balik kerja, kalau tak ot (biasanya aku mmg malas ot..kul 6 tepat mesti tak sabar nak balik..) Balik aje, aku masak apa2 yg patut..biasanya suami aku bagi duit untuk beli lauk 2-3 hari sekali.. Pandai2 aku la planning nak masak apa.. nasib la dia jenis tak banyak kerenah..Aku suka beli bahan mentah kat tesco. Murah...lebih murah dari aku beli kat pasar malam atau kat kedai runcit (promote tesco nampak! :P) Fresh pun fresh.. kira aku belanja RM10 tu, lepas la makan lauk sayur + ayam, ikan atau seafood untuk 3 hari.. Jimat kan?
Kalau masak nasi, aku biasanya lebihkan satu pot sebab aku nak simpan nasi untuk goreng waktu breakfast.. Separuh aku bawak bekal untuk makan waktu rehat kul 10am, separuh lagi untuk suami aku.. aku biasa bawa bekal roti dengan planta + air kotak soya bean.. makan dalam kereta..kadang2 bila time brake emergency, roti aku terguling2 kat seat sebelah..pernah sekali comot mulut aku dengan planta sebab aku tertonyoh masa keta depan brake tetiba..kupang betul!! (-_-;)
Kalau pasal kerja rumah pulak, biasanya rumah aku tu kemas ala kadar aje la kalau hari kerja.. biasanya kalau masak memasak, basuh pinggan dan kemas mengemas memang kerja aku.. Suami aku pulak kerja dia kemas katil (sebab dia pergi kerja lewat dari aku..so dia pun bangun lewat sikit), iron baju dan buang sampah..
Kalau weekend atau cuti umum, baru la dapat mop lantai, cuci bilik air, ubah2 location perabot dan masak yang gempak2 sikit..
Kalau dulu masa pregnant, banyak jalan2 cari makan tapi lepas ada baby lissa nih, kitorang banyak habiskan masa lepak kat rumah..main dengan baby. Bukan taknak jalan2, tapi baby lissa tu kecik sangat..fragile lagi nak bawak jalan2 kat luar.. tengok la kalau dia dah besar sikit nanti, kepala dah kuat dan dah boleh dukung, baru la berani nak bawak jalan2.. dulu aku pernah bawak dia naik baby stroller pergi shopping kat tesco tapi dia tak selesa..ye lah, dah la ramai orang, pastu tesco tu susun barang tinggi2 belaka..bukak radio kuat lak tu..aku rasa mesti baby lissa pening kepala.. sebab tu dia asik merengek..sian pulak aku tengok.
Cakap pasal baby lissa memang tak cukup satu page. Biasa la, orang baru dapat baby sulung..excited lebih sikit. Satu lagi habit aku ialah gila ambik gambar baby lissa.. Dia nih sejak lahir, keluar je dari kamar bersalin, dah ambik gambar..tiap2 hari ambik gambar, sampaikan pantang aku hulurkan henfon depan mata dia, dia dah ready posing dah.. Dulu suami aku teringinkan anak lelaki. Sampaikan tiap2 malam dia sebut nama baby boy pada perut aku.. Sekali kluar baby girl.....Apapun, syukur Alhamdulillah..
Baby lissa nih 80% memang ikut muka ayah dia. Mata sepet dan dahi tinggi. Tembam je ikut aku :P.. tapi yang tak tahan tu, suami aku suka cakap mata anak dia "redup" macam mata dia.. hellooo??? mata redup tu berbeza dengan mata sepet aku rasa..
Perasan betul!
Reaksi kedua2 family? Hmm...buat masa ini, baby lissa memang 'cucu emas' diorang.. Belah family aku, ini kira cucu sulung la..Tak pernah ada baby since adik aku Aie, 13 tahun lepas... Belah family suami aku pulak, baby last dalam family tu, anak kakak ipar aku Mieja, 5 tahun.. Satu yang aku pelik dengan anak aku nih, dia suka menyamar. Depan orang dia memang tak menangis. Baik aje perangai dan budi pekertinya. Tapi bila kat rumah, pantang puting jatuh dari mulut dia, mesti dia menjerit. Pernah 2-3 kali aku bawak dia pergi klinik untuk injection 3 serangkai, haram tak nangis.. Dia berbunyi sikit aje "Ekk..." pastu dah diam...Tau-tau air mata aje meleleh...tapi dia tahan menangis.. Kecik2 dah saiko.. :P
Insyallah 4 mac nih aku nak buat majlis cukur jambul dan kenduri akikah untuk baby lissa. Sebagai tanda kesyukuran kami diatas kurniaan yang tidak ternilai ini.. (*terharu*) Dan-dan tu, aku buat majlis anniversary kitorang sekali. Sepatutnya nak buat 5 Mac, tapi memandangkan hari ahad, takut sedara mara jauh susah nak datang..


Err...ok lah, aku nak sambung kerja balik.. nanti aku tulis lagi..bye!

Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

January 11, 2006

Berpantang - Penderitaan 44 hari yang penuh protokol



Hallo semua.. hoho!! hari nih ialah hari pembebasan aku setelah 44 hari dikuarantin kerana berpantang sehabis bersalin tempohari.. ini juga bermakna anak bayi aku, Baby Lissa telahpun berumur 45hari hari ini.. Alhamdulillah..Tak sangka, cepat sungguh masa berlalu walaupun pada mulanya aku merasakan ia berjalan dengan begitu lambat. Seperti yang aku janjikan pada kau semua, kali nih aku nak berkongsi detik2 penderitaan aku selama 44 hari berpantang (dan dipantangkan).

Lepas je bersalin hari tu, aku terpaksa lepak kat wad lebih kurang 2 hari lebih..maknanya semua kerja2 penjagaan baby dan pembersihan diri terpaksa la aku buat sendiri sepanjang aku berada kat sana. Aku nih jenis tak tahan berlengas..nak jadikan cerita, mlm kedua aku kat wad tu, aku boleh pgi bermandi sakan. Semalam aku tak dapat mandi sebab terpaksa jaga baby.. tak sampai hati nak tinggalkan baby sorang2.. Tapi hari kedua tu baby dah masuk nursery sebab kena demam kuning, jadi aku ada la peluang bertapa lama sket dalam bathroom tu. Aku tak tau pulak yg orang bersalin nih tak boleh mandi air sejuk.. Lepas je aku kluar daripada bilik mandi tu, tetiba kak sal yg dok depan katil aku tu sound, "eh hawa! kau mandi malam ya? eeii.. kau bentan karang!!" erk! terkejut gak aku dia cakap macam tu.. aku tak tau pulak orang bersalin tak boleh mandi malam.. pastu dia suruh aku pakai baju tebal2 pastu berstokin.. dia cakap, takut badan sejuk, boleh bentan.. aku takut jugak, ikut je la apa yg dia cakap.. si ana yang sebelah katil aku tu memula nak mandi, bila dengar kak sal dah tegurkan aku, terus dia kensel (satu bilik aku tu 4 orang).. alhamdulillah la malam tu takde apa2 yang berlaku pada aku..
Esoknya tu mak aku datang melawat.. bila aku cakap aku mandi malam, mulalah mak aku pot pet2 bising2 marah aku.. wahh!! tak tahann!! last2 dia cakap suruh aku balik sebab dia nak jaga aku. Memandangkan baby dah masuk nursery, so aku pun setuju la balik rumah.. aku cuma datang susukan baby pada waktu2 tertentu aje.. kebetulan najwa pun ada, boleh dia tolong hantar aku kat nursery. Petang tu, lepas suami aku bayar itu ini aku pun check out.

Oleh sebab aku dah ulang alik dari rumah ke hospital (nursery - sebab nak susukan baby lissa), maknanya aku dah kelewatan lebih kurang seminggu untuk memulakan proses mengurut dan lain2 pantang larang bersalin. Aku start berurut pun pada hari ke 10 sebab makcik tukang urut tu demam terkejut (boleh pulak..) Proses mengurut aku lebih kurang 3 hari... memandangkan demam makcik tu masih tak kebah, jadi dia urut aku pun tak berapa menjadi.. urut pun, urut kosong aje..

Mak aku nih jenis orang yang kuat berpantang semasa bersalin.. dia cakap mak dia (nenek aku) dulu pantangkan dia 44 hari 44 malam (dan ada extra 16 hari lagi) So, makanya bila sampai giliran aku bersalin, dia pun nak berpantangkan aku macam dia kena jugak. Dia takut betul kalau aku bentan.. sebab kakak dia dulu pernah bentan masa bersalin.. seksa jugak keadaannya.. Salah makan pun boleh bentan (dia makan ikan bawal hitam - bisa sampai ke tulang)
2 hari lepas ulang alik susukan baby kat nursery GH, akhirnya demam kuning dia pun dah ok dan dah boleh balik. Happy btul aku rasa..takde la aku risau dan penat sangat sbb terpaksa ulang alik hari2..

Rutin hari2 aku, bangun pagi tu, kemas2 kan diri (mandi dengan air panas), cuci luka dengan ubat kuning selang seli dengan parutan biji manjakani (hohhh!!! pedihnya kalau kena kat luka..tapi mujarab! 3kali sapu je luka dah cantum balik), pastu mak aku urut kaki dan badan dengan minyak hijau, pakai param dan pilis (jamu sapu untuk perut dan dahi - air mancur), pakai bengkung panjang (melilit je dah ambik masa kat setengah jam!!), makan jamu, pakai stoking dan sumbat telinga dengan lada hitam (dah diikat dengan kain dan tali macam earphone), makan nasi minum milo (selang seli dengan air ribena), pastu tengok tv.. hehhehe...

Pasal makan dan lauk harian aku pula, eeiii... bosan sungguh..lauk aku hari2 bubur atau nasi putih, ikan bilis dan kacang goreng, sup sayur, ikan gelama atau ikan parang goreng atau dimasak sinchuan.. kalau time beruntung dapatlah aku makan ikan yang sedap sikit macam ikan jenak atau siakap.. Ikutkan nenek aku, air tak boleh minum banyak2.. nanti perut boyak katanya.. tapi aku ikut cakap doktor, minum air mesti banyak..sekurang2nya 8 gelas sehari.. mula2 mak aku nak kontrol jugak peminuman aku.. tapi bila aku dah cakapkan pada dia yang aku menyusukan baby, dia faham dan takdela dia bising kalau aku minum banyak..

Kalau kat tempat aku nih, nurse klinik desa akan datang check up orang yang lepas bersalin dari rumah ke rumah.. untung la sebab dia datang cari kita kat rumah untuk rawatan susulan.. takde la susah2 aku nak turun naik klinik untuk check up.. dia akan check ibu dan baby sekali.. diorang datang setiap hari rabu atau khamis selama 3 minggu..Lepas sebulan baru dia suruh kita pulak datang klinik utk check up baby.. masa nurse tu datang kali pertama dia check perut aku.. dia cakap rahim aku belum mengecut dan masih tinggi lagi.. mak aku nih jenis cepat panik..bila nurse dah cakap macam tu, mula lah dia call nenek aku tanya resepi untuk buat pati ibu kunyit (khasiatnya untuk mengecutkan rahim dan menyembuhkan luka dalam perut).. hari tu jugak, aku kena minum segelas air pati ibu kunyit dan segelas air biji manjakani yang kelat dan maung rasanya.. kembang kuncup hidung aku nak perabih air tu..nampaknya penyeksaan aku dah bermula!! Bukan minum sehari aje...3 hari berturut-turut!!

Masa aku dalam pantang hari yang ke 20, nenek aku call mak aku.. dia cakap dia dah carikan tukang urut lain untuk aku..kebetulan tukang urut nih kawan mak aku masa sekolah rendah dulu..makcik tipah namanya..
Che tipah nih tukang urut dan bidan tradisional..jenis ubat dan urutan dia macam zaman2 mak dan nenek aku muda2 dulu.. klasik habis!! siap dengan mandi 7 daun termasuk serai wangi..bau air daun2 tu memang wangi..tapi yang tak tahannya, melelas2 badan aku kena sental dengan bilah2 daun serai wangi tu..kalau time kulit aku dah kering, bila tengok balik, macam kulit orang kena dera sebab bercalar balar! Cara dia mengurut pulak, huh! macam nak terkencing aku dibuatnya..selesa memang selesa. tapi sakitnya!! Hari pertama mengurut tu, aku terus demam!!

Hari kedua che tipah tu datang, dia tanya mak aku sama ada dah bagi aku minum pati ibu kunyit ke belum.. Kitorang cakap la dah.. dia tanya buat cemana? mak aku cakap, rebus kunyit aje semata2.. Dia cakap tak cukup khasiat.. Bak kata orang, tak cukup power lah! Mak aku mintak tolong dia buatkan air pati ibu kunyit tu untuk aku..Dia cakap, esok dia bawak.. Gulp!

Esoknya Che tipah datang macam biasa utk urut dan mandikan aku.. Sebelum mandi tu, dia hulur kat aku segelas air pati ibu kunyit. Macam biasa lah, kalau sebelum minum pati ibu kunyit tu, aku stand by ribena segelas.. Che tipah tu cakap, minum sekali teguk. Aku ingatkan rasa dia sama la yang macam mak aku buat hari tu. (air kunyit rasanya ok lagi banding dengan air biji manjakani) Masa aku minum tu, macam nak pengsan aku! Balun dengan ribena pun tak jalan...Rupa2nya, bukan kunyit semata, dia campur dengan 5 jenis bahan lain (kunyit, 1 labu bawang putih, biji manjakani, lada hitam dan bunga cengkih).. Tak dapat aku nak gambarkan betapa pedas dan mualnya rasa air tu... Lepas minum tu, rasa macam ada 5 ekor tikus sedang berkejaran dalam perut aku!! Mengalir air mata dan air idung aku! Macam nak muntah..tahan aje lah!
Che tipah cakap, sesetengah orang yang tak kuat semangat, memang dia muntahkan balik ramuan tu..rugi je buat ubat.. Aku fikir satu aje, aku nak cepat sembuh!

Lepas 30 hari berpantang, alhamdulillah, luka aku dah benar2 sembuh.. time tu dah boleh bersilat dan main tali skipping dah.. hehe! Kalau time makan pun, aku dah dapat la nak makan ayam, udang, sotong atau daging.. cuma mak aku cakap ambik dalam kuantiti sikit.. Makanan2 sejuk yg lain macam kangkung, kerang2an dan ikan bawal masih lagi menjadi makanan yang dilarang.

Hah, lupa aku nak cakap.. aku nih berpantang, bukan setakat pemakanan dan penjagaan badan aje.. Sepanjang 44 hari nih aku memang tak boleh keluar rumah langsung! walaupun rumah aku setentang aje dengan rumah mak aku, tapi sekali pun aku tak dibenarkan keluar rumah apatah lagi nak balik rumah aku.. sebab tu la aku tak sabar2 nak habiskan 44 hari sebab tak sabar nak jumpa matahari! (-_-;)

Akhirnya, hari nih selesai jugaklah 44hari yang penuh cabaran dan penderitaan.. heheh! Syabas pada diri aku yang berjaya menjalani pantang larang dan cobaan2 yang disediakan untuk aku... Setelah apa yang aku alami (sakit bersalin dan penderitaan berpantang) aku bertekad nak membesarkan anak gadis aku dengan bersungguh2 dan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya.. buat masa nih aku nak menumpukan pada yang seorang ini dulu sehinggalah baby Lissa boleh berdikari sendiri (tengoklah, sampai umur dia 2-3tahun lebih kot) barulah aku merancang semula untuk menjalani proses hamil, bersalin dan berpantang semula.. Insyallah..
Sudahlah.. Bye Bye!

Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

December 09, 2005

Selamat Datang Puteri Sulung kami...


Hai..hoho! Apa khabar kau semua? kali nih aku nak berkongsi cerita mengenai detik2 kelahiran baby sulung aku, Yang Nuralissa bte Azat pada 26/11/05 jam 3.45am (awal seminggu dari tarikh jangkaan..)
Sebenarnya aku pergi hospital hari tu bukannya untuk bersalin.. datang tu saja2 je nak check up baby.. Sebabnya, 1-2 hari kebelakangan tu aku dapati baby gerak kurang aktif.. Nurse2 kat Klinik Desa Pulai dah warning awal2 dulu, kalau baby kurang gerak, cepat2 pergi hospital..bukan apa, pernah ada kes kat taman aku nih, baby meninggal dalam perut sbb terbelit tali pusat.. walaupun si mak tu dah perasan babynya kurang gerak tapi dia buat derk aje.. akibatnya, sehari lepas tu, doktor mengesahkan baby dia dah meninggal dan tak dapat diselamatkan lagi.. so, bagi mengelakkan kejadian2 yg tak diingini, maka cepat2lah bertindak jika ada merasakan sesuatu kelainan pada kandungan anda (*nasihat untuk para ibu hamil diluar sana)



24/11/05 - Sejak semalam aku rasa baby kurang gerak..biasanya pukul 2-3 petang dah cukup 10 gerakan..tapi sejak semalam dah lewat, agak2 dalam kul 5-6ptg baru dia genap 10 gerakan...
Bangun pagi tu, aku cakap kat suami aku, aku nak ambik mc, nak check baby.. Mula2 dia nak bawak aku, last2 aku cakap suruh adik aku hantar aje.. lagipun bukan perkara besar pun, cuma nak check up aje.. So, dalam pukul 10 lebih tu, aku ajak najwa teman pegi GH.. Sempat melawa2 lagi.. pergi berlenggang kangkung dan sempat mengumpat2 orang lagi dengan najwa..
Lepas aku daftar nama, tak sampai 10 minit, aku dah dipanggil masuk jumpa doktor.. suspen jugak sebab orang punyalah ramai, tapi aku dia panggil dulu... kronik sangat ke kes aku nih? aku masuk2 je dalam bilik tu, doktor belek2 kad merah aku, pastu dia cakap "hmm..dah boleh beranak kalau nak nih..." Gulp!!! aku tak ready apa pun, pepandai je dia cakap macam tu..
Pastu doc tu suruh aku naik wad bersalin untuk detail check up.. Aku nih memang tak pernah masuk hospital..kira jakun la jugak.. Mula2 doc cina check aku.. lepas check itu ini, scan pulak..dengan doc india. Tak sangka doc situ muda2 dan vogue2 belaka.. Aku ingat rappers mana, rupa2nya doktor! Memang merungsingkan orang..
Lepas scan tu, tetiba doc tu cakap apa ntah dengan nurse, then nurse tu panggil nama aku, cakap aku kena tahan wad... Ok la tu, aku dah agak dah.. biasanya kalau dah nak cukup bulan, bila kita buat report pasal kandungan kat hospital, mesti kena tahan wad punya.. koman2 pun sehari... lepas dia cucuk tangan aku dia terus suruh aku lepak kat wad.. lepas tu aku suh najwa balik dan inform kat family dan suami aku..boring jugak dok wad rupanya... yang best, makan!!tengahari tu diorang bagi makan nasi tomato dengan ayam masak merah..brupp!!!
Mlm tu, dalam pukul 8mlm, tetiba doc pakar datang kat katil aku.. dia tanya, hubby you ada kat sini tak? aku cakap la ada kat umah..dia cakap "suruh hubby you datang utk sign form.." bila aku tanya form apa, dia cakap "nak minta kebenaran dia dan you..esok nak masuk ubat utk bagi baby keluar.. bagi you bersalin esok.. kalau tak boleh bersalin normal, terpaksa operate! suruh dia bawa barang2 untuk you dan baby ok?"
hahhh!!??? seram sejuk aku dengar...esok aku kena bersalin??????
Aku call suami aku, suruh dia dtg wad mlm tu jugak.. dia pun panik semacam.. family aku kat umah lagi la panik..sume macam tak percaya je aku kena bersalin esok!



25/11/05 - Pukul 4 pagi, staff nurse kejut aku bangun.. dia suruh aku siap2 mandi dan salin baju.. dia bagi uniform bersalin. kaler pink.. dalam hati aku berdebak debuk tak henti2.. mintak2 semuanya selamat..amin..
lebih kurang dalam pukul 5 pagi, diorang bawa aku ke kamar bersalin no 16. nurse tu suruh aku baring sementara tunggu doc datang. Masa tgh tunggu tu, aku dengar aku pompuan menangis dan jerit2 sebab sakit.. bertambah kecuttttt perut aku..dalam hati Allah saja yang tau.. macam2 dia aku baca.. Dalam pukul 6am tu, doc datang..lepas dia check2, masuk air dan ubat..Dalam hati, macam2 rasa..takut, excited, berdebar2, macam2 lahh!
lepas tu, nurse bukak kan aku tv3.. dia suruh aku rilek kat bilik tu sorang2.. tiba2 aku ngantuk sesangat..dah la sejuk gile!
Pukul 10am, doc datang check aku balik.. Masuk air dan ubat lagi.. Huh!! kali nih bertambah sakit..memulas2 rasanya.. nak nangis pun ada.. tahan aje lah..betul la orang cakap..takde sakit paling sakit melainkan sakit mati, sakit bersalin dan sakit gigi..

Lebih kurang pukul 3ptg, tiba2 ada staff nurse india datang bilik aku..dia cakap ada tetamu.. rerupanya suami aku.. lega hati aku dapat jumpa suami aku. Maklum aje la..aku masuk kamar 16 tu pukul 4 pagi.. dah tu aku tak bawak henpon pulak..jadi, sorang pun family aku tak tau keadaan aku sampailah suami aku datang..
Masa tengah sembang2 tu, aku rasa sakit sangat..rupa2nya dah kluar tanda..Aku dgn suami aku memula tu panik la jugak.. last2 dia panggil nurse yg incharge..
Pastu doc dengan nurse datang, diorang cakap "ok, pukul 8 mlm nanti dah boleh masuk labour room.."
9 mlm, nurse datang suruh aku siap2 sebab nak pindah ke labour room.. Sampai labour room (diorang tolak aku naik kerusi roda tu) diorang suh aku dok atas katil tu.. huh!! kali nih betul2 bertambah suspen... pastu doc masukkan ubat...sakitnya tak terkata! selang seminit sakitnya datang... Ya Allah..sakit betul! Aku tak dapat nak membayangkan pada kau semua bagaimana rasa sakitnya tu.. walaupun mula2 aku dah bertekad tak nak menangis, akhirnya airmata aku mengalir jugak sebab terlalu sakit..



26/11/05 - Jam dah menunjukkan pukul 12am..dah masuk hari sabtu.. Kali nih aku betul2 sakit sampaikan aku menangis teresak2.. Lepas tu sorang nurse datang, dia tanya aku kat mana baju baby? aku tunjuk kat paper bag Nando's yang ada atas kusyen sebelah meja tu.. Masa dia keluarkan baju baby, sempat nurse tu tengok dan tanya kat aku, "baju baby nih buat sendiri ke?" aku cakap la mak aku buat.. Pastu dia pegi bagitau nurse2 lain..Mungkin teruja kot? sebab kebanyakkan ibu2 semua bawa baju beli dah siap..aku je yg bawak baju sepasang dengan baju baby, buat sendiri pulak tu. Konon2 macam cute la! (-_-;)
Tak lama lepas tu, dah makin ramai yang masuk bilik aku.. Mujur la semua perempuan belaka.. Aku risau gak kot2 sesat doktor lelaki.. Alhamdulillah, nurse dan doc semua pompuan. Cuma ada sorang la staff nurse cina dan sorang nurse india.
Aku tengok jam dah pukul 3 lebih sikit.. Perut aku dah bertambah sakit..Bergulung2 rasanya.. semua nurse dan doc dah siap sedia nak menyambut kelahiran baby sulung aku..
Macam2 la cara diaorang ajar.. Akhirnya, Alhamdulillah..Jam 3.45am, baby aku selamat dilahirkan. Leganya tak terkata..bersyukur sangat2.. Masa baby keluar tu, nurse terus letak atas dada aku.. Sejuk hati aku dapat tengok baby.. Masa tu aku tak tau itu baby girl or boy sebab aku tak pernah scan jantina sepanjang aku hamil. Aku tanya kat nurse, terus dia angkat baby dan tunjuk kat aku.. Perempuan!! Happy sangat...
Sudah tu, diorang keluarkan uri dan 'jahit' balik luka aku.. oh!! sakitnya!! Lama pulak tu!
Lepas tu, diorang kemaskan aku dan baby.. Diorang salinkan aku baju bersih dan suruh aku rehat.. Tiba2 ada sorang staff nurse cina yang tua sikit tu datang tanya pasal baju baby.. haha!! ramai peminat rupanya baju yang mak aku buat tu..! Diorang cakap "comel baby kau Siti, siap baju kebaya lagi!"
Lepas tu aku tak ingat apa dah..aku tertido!
Pukul 7 pagi, diorang kejut aku..suruh breakfast.. Huh! macam tak ingat dunia aku makan. Maklum aje lah, dah 24 jam aku tak makan dan tak minum! Breakfast makan meehun goreng dan air milo..
Lepas je makan, ada 2 orang nurse india muda (mungkin baru masuk shift pagi sebab malam tadi aku tak nampak pun muka diaorang) datang dengan senyum manisnya. Diorang suh aku pindah ke troli katil utk dipindahkan aku dan baby ke wad biasa. Sebelum keluar tu, ada staff nurse buat identify check la utk mengesahkan yg baby tu benar2 baby aku.
Masa tolak keluar tu, diorang jerit "ada tak waris Siti Nur Hawa?" Dari jauh aku tengok suami aku, mak dengan ayah aku dan adik2 aku dah tunggu.. Syukur alhamdulillah...
Sampai kat wad, pindah katil lagi.. seksa btul rasanya.. Satu bilik aku tu ada 4 orang.. Sebelah katil aku, ada baby kembar perempuan..
Malam tu, buat pertama kalinya, aku tidur bersama anak perempuanku.. :)
Satu pengalaman yang sungguh bermakna.. *terharu*



27/11/05 - Bangun pagi, bersihkan badan dan cuci luka. Susah btul nak bergerak.. seksa rasanya... Nak kena jaga baby lagi..kalau kat rumah ada jugak orang boleh tolong2.. ini kat wad, semuanya kena buat sendiri..
Dalam pukul 7am, nurse datang, nak mandikan baby.. lepas baby mandi, dia cakap "baby kena demam kuning" Tak lama lepas tu, nurse datang bawak inkubator yg ada lampu biru utk baby.. Kesian aku tgk baby, dah la kena tak boleh pakai baju, pastu mata kena tutup lagi!
Tak apa lah..asalkan baby cepat sembuh..
Hari ahad tu, ramai gak yang datang melawat aku. Family mertua dari JB pun datang..Happy btul! Rata2 diorang cakap baby ikut muka suami aku.. Sebab mata dia sepet.. Ok la tu, baby perempuan ikut muka ayah nih orang tua2 cakap, sejuk!

Pukul 7 mlm, nurse datang check baby..kuningnya masih tinggi.. So diorang decide utk hantar baby ke wad nursery. Kat sana ada rawatan intensif.. mula2 tu sedih la jugak sebab terpaksa berpisah dengan baby.. Tapi demi kebaikan dia.. redha aje la...
PUkul 10 mlm, suami aku call.. dia tengah melawat baby kat nursery... dia tak boleh melawat aku sebab waktu lawatan aku paling lewat pukul 7 mlm aje.. kalau nursery boleh masuk sampai kul 11.30mlm.. ye la, senang ibu2 nak menyusukan baby..



28/11/05 - Aku dapat balik tapi baby masih kena tahan kat nursery.. mula2 tu aku ingat nak stay kat wad aje..tapi fikir2 balik, elok la aku balik aje..sekurang2nya kat rumah ada orang boleh jaga aku.. badan aku dah mula rasa sengal dan sakit luka tu bertambah terasa..
Kalau aku duduk wad pun, nak pergi ke nursery tu terpaksa berjalan kaki jauh.. Lagipun, nurse dah cakap kat aku, jangan selalu angkat baby kluar dari inkubator tu, nanti demam kuning dia lambat baik..
Bukan aku pentingkan diri sendiri, tapi ini untuk kebaikan aku dan baby jugak. Lepas aku susukan baby, aku pun balik. Harap2 baby cepat sembuh dan boleh balik rumah esok!


ahhh...tiba2 rasa mengantuk sangat.. nanti aku sambung lagi lah!

October 15, 2005

Selamat datang Ramadhan..Selamat datang Ahli baru..


hello! hohh...lama betul aku tak update...(mukaddimah biasa dalam setiap penulisan blog aku) sebelum tu, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang sudi singgah kat sini.. semoga puasa kita semua mendapat keberkatan dari Nya..amin..
Alhamdulillah, apa yg aku dan suami aku harap2kan selama nih dah menjadi kenyataan.. 2 hari sebelum puasa hari tu, suami aku dapat transfer ke Melaka.. happy btul kitorang.. akhirnya sekarang aku dah jadi isteri sepenuh masa.. hohoho!!!
Sebenarnya terasa susah jugak life kitorang masa suami aku belum dapat transfer dulu... Mana taknya, dia kena berulang alik Jb - Melaka tiap2 minggu.. duit terbuang kat jalanraya aje.. Aku pun susah jugak, pergi kerja kena drive sendiri.. awal2 dulu ok lah, bila perut aku semakin membesar bagai johan nih, seksa la pulak rasanya...
Hmm..hari nih, kandungan aku masuk minggu yg ke 33 (8 bulan +)... beberapa minggu je lagi.. suspen jugak rasanya..
Sepupu aku, Nazla dah selamat melahirkan seorang baby girl semalam..tahniah untuk dia dan suaminya.. Tak silap aku nama baby tu Sofea Wirdani.. aku dah sempat melawat mereka, comel btul baby dia..gemuk! tak padan dengan badan nazla yg kecik tu..hahha!! Lepas Nazla, turn kakak ipar dia pulak (alhamdulillah, aku baru dapat berita pagi tadi kak erni dah selamat melahirkan baby girl jugak..nama aku tak tau..lepas tu turn aku.. insyallah, lepas raya.. lepas aku, turn mak su aku... hujung bulan 12 nih.. masa scan hari tu, dengar cite dia dapat twin! bestnya!! pastu dalam bulan januari pulak, turn Irina... kan hari tu aku ada story kat korang, yg cousin aku bersanding 3 pengantin.. nampak gayanya, 3-3 melekat!! hahaha!!! hebat betul...!
Setelah dicongak2, nampak gayanya, nenek aku lah yang paling meriah sekali... mana taknya, dapat 4 orang cicit + 2 orang cucu kembar lagi! Dan orang yang paling boring mestilah pakcik2 dan makcik2 aku sebab kena bagi angpau banyak pada ahli2 baru family kami.. hahahah!!!
Sekarang nih aku dgn suami aku tgh sibuk cari nama utk baby... macam2 cara! cari dlm internet, beli buku, pinjam buku, dalam majalah, tanya orang..macam2 laa.. tapi, masih tak dapat2 lagi nama yang sesuai.. Memandangkan aku masih tak tau lagi jantina baby aku, so terpaksa lah menyediakan nama utk baby boy dan baby girl..
Sebenarnya aku prefer nama lama digabung dengan nama moden.. Tak kisah lah berapa kuno pun nama tu, asalkan sedap didengar dan sesuai digabungkan lalu memberi maksud yang baik, bolehlah digunapakai utk nama baby aku...(ada cadangan nak bagi nama untuk baby aku? jgn lupa msg ya!?) Suami aku tu, fanatik Mawi.. sengal aje!! Siap nak namakan baby kami Ian Asmawi atau Salihah..tak kuasa aku nak melayan!!
Ada sekali tu masa kami tengah shopping kat Jusco Melaka, tiba2 perut aku sakit..salah makan agaknya.. pastu aku duduk la kejap kat bangku yg ada kat situ.. Suami aku dengan muka cemas boleh cakap kat aku "Eh, jangan la sakit kat sini..nanti baby keluar, nak kena namakan Ahmad Jusco.." dari sakit2 tu aku terus terketawa.. apa la suami aku tu...
Apa2 pun, aku harap aku akan melahirkan seorang baby yang cukup sifat, sempurna akal fikirannya dan sihat tubuh badannya.. harap2 baby aku nanti seorang yang comel!
Baby, ibu tak sabar nak jumpa baby!!

July 18, 2005

Bantal Bucuk...


Akhir2 ini aku kerap mengalami sakit kepala yang berpanjangan..semuanya bermula sejak 2-3 minggu yang lepas.. aku tak tau apa puncanya.. mungkin "pembawa budak", mungkin jugak cuaca terlalu panas dan hujan yang tidak menentu kebelakangan ini, mungkin jugak sebab aku kurang darah.. tapi apa2 alasan sekalipun aku paling tak boleh terima sekali bila suami aku cakap "itu laa...awak suka sangat cium bantal busuk yang banyak bakteria tu..sebab tu dapat sakit kepala..!" geram btul aku..!
Apa salahnya ada bantal busuk? Apa masalahnya kalau ada bantal busuk?? Ramai orang kat dunia nih ada bantal busuk..Bantal busuk ada bermacam2 rupa bentuk, warna, bau dan nama..
Ada yang datang dalam bentuk bantal, ada yang berbentuk patung beruang, kain batik emak yang digumpal2 menjadi bantal, dan sebagainya...
Macam aku, aku sendiri mempunyai 2 biji bantal busuk..satu tu berwarna kotak2 hijau dan kuning macam ketupat..usianya dah melebihi 12 tahun..satu lagi warna, err..asalnya biru muda tapi sekarang aku pun dah tak pasti warna apa...hehehe...hmm, yang itu baru berusia lebih kurang 5-6 tahun..
Kenapa ada sampai 2? Satu aku buat alas kepala masa tidur,bila aku tidur mengiring, aku dapat cium aromanya yang aku sendiri tak tau cemana nak jelaskan bau nya..hehehe...Satu lagi (yang kotak2 ketupat tu) memang aku buat untuk peluk dan cium..Dua2 bantal aku tu kecik aje saiznya..lebih kurang 30cm x 30cm.. Bentuk 4 segi sama dan lembut aje bila dipeluk...
Sebenarnya bantal busuk ketupat aku tu, dah uzur sangat tapi baru 2-3 tahun lepas aku tambah kapas dan jahit sarung baru..baunya masih sama (kurang sikit 15% dari bau asal) Biar la cantik sikit, senang aku nak bawak kemana2..sbb aku kan slalu travel (dari zaman studi dulu aku memang suka travel naik bas..) Mesti aku bawak bantal busuk aku tu..
Seingat aku sepanjang tempoh aku memiliki kedua2 bantal busuk aku tu, adalah beberapa kali aku sempat membasuhnya..Biasanya bukan aku yang basuh pun..Adik aku, si Teh tu la..pendengki betul dia tu...Kalau aku takde kat rumah je, time dia basuh baju mesti dia basuh sekali bantal aku..sampaikan aku terpaksa buat tempat perlindungan yang selamat untuk bantal busuk aku setiap kali aku nak kluar rumah...
Sebenarnya hanya keluarga terapat aje yang tau akan perihal bantal busuk kesayangan aku tu..masa zaman aku bercinte dan bertunang dulu pun, aku tak pernah cerita kat bakal suami aku (sekarang suami aku laa!!)
Segala2nya kantoi masa hari aku kawin hari tu..(-_-;) Masa majlis kat umah aku tu, kantoi sekali dengan suami aku..tu ok lagi, sbb aku cuma bawak kluar bantal ketupat tu je..kira nampak macam bantal biasa laa kalau tak dihidu dalam jarak kurang 30cm.. Itu pun aku gulung2 dalam selimut..bila suami aku dah tidur nyenyak baru aku kluarkan dan cium bantal busuk aku puas2..eheh! baik punya kaver!
esok paginya, masa bangun tu aku terlupa nak simpan, maka, terbocorlah rahsia agung aku mulai hari itu..nasib baik lah dia sporting..mungkin sebab dia tengok benda tu nampak elok dan bersih..sebab tu dia tak kisah..lain lah kalau berpeta2 dan sebagainya.. Majlis sanding kat umah lelaki pulak, selang 2 minggu dari tarikh umah aku (sebab minggu ke 2 tu buat majlis kat umah bini si kembar). Mak aku dah warning dah, masa bertandang nanti jangan bawak bantal busuk aku tu pgi JB..nanti kantoi dengan mertua aku...Aku angguk aje lah..Padahal itulah benda pertama yang aku masukkan dalam beg..Eii..mana boleh tinggal bantal busuk aku tu..! Nak2 pulak, aku memang tak pernah tido sana..Kalau takde bantal busuk aku tu, mesti susah nak tido punya!!
Umah mertua aku tu, rumah teres satu tingkat, so, bilik pun ada 3 aje lah..Memandangkan ada 2 pasang pengantin hari tu, maka bilik pengantin pun ada 2 lah.. Aku ngan suami aku tido kat master bedroom (bilik mertua aku), kembar suami aku and his wife pulak tido kat bilik adik perempuan diorang.. Adik2 perempuan dan mak mertua aku pulak, tido kat bilik bujang yg satu lagi tu..Adik2 lelaki dan pak mertua aku tido kat depan Tv sebab diorang melayan movie sampai pagi..
Nak dijadikan cerita, cadar bilik mertua aku tu, ala2 ketupat jugak!! Kotak2 kuning hijau... boleh kata 90% hampir sama dengan sarung bantal busuk ketupat aku tu..Sampaikan aku sempat buat lawak dengan suami aku "cari benda tersembunyi" masa letak bantal tu atas cadar..
Esok tu masa bangun subuh, aku tengah2 mamai tu, mana la teringat nak sorokkan bantal busuk aku dalam beg..aku menonong aje pegi bilik air.. tanpa ku sedari, rupa2nya, mak mertua aku dah masuk dalam bilik dia sebab nak amek kain telekung..maka, dengan tidak semena2 dia terpandanglah bantal busuk aku tu...
Elok je dia kluar, aku pun masuk bilik tu..aku tengok suami aku dah gelak2..bila aku tanya kenapa, dia cakap "mak tanya sapa punya benda tu?" sambil tunjuk kat bantal busuk aku.."saya jawab, bantal busuk Hawa"..aduh malunya aku!! aku tanya dia, mak cakap apa lagi? dia jawab, "mak cakap, eh? hawa pun ada bantal busuk jugak? Hawa pun macam Mija lah!" Mija tu anak kakak ipar aku yang paling bongsu sekali..baru 3 tahun.. Aku rasa macam nak pengsan je sebab malu..cemana la aku nak hadap muka mertua aku masa breakfast nanti..
Nasib baik la masa breakfast takde apa2 kejadian aneh yang berlaku...Mak mertua aku tu katogeri sporting dan "tak banyak songeh" la jugak..Pak mertua aku pun sama..dedua jenis rilek.. So takde la diorang nak usik2 atau sindir2 sebab aku ada bantal busuk..Nasib baikkkkkkkkkk!!!!
Jangan tau dek anak kakak ipar aku yang kedua tu cukup la!..Umur baru 6 tahun, tapi very the kak nam..kalau dia tau agaknya yang aku nih ada bantal busuk, haruss dia ejek2 aku..
Baru2 nih, aku kantoi sekali lagi..kali nih dengan suami aku jugak..Kantoi pasal bantal busuk aku yang sebiji lagi..yang tu memang Private & Confidential la..memang aku tak pernah bawak kemana2 memandangkan faktor rupabentuk, warna dan baunya..koff!! kofff!!! (-_-;) Tak sangka pulak dia boleh ternampak bantal tu baru2 nih..aduhh!! teruk gile aku kene sakat dengan suami aku..dia buat2 muntah la, dia cakap bantal tu banyak bakteria la, dia cakap warna teh tarik lebih jernih dari warna bantal tu lah, macam2 lah...ada ke patut dia cakap punca aku sakit kepala ada lah sebab bantal tu...eeii!! hangin btul aku dengar..bengkakkk aje..!!
Sekarang nih dia dah pandai pula ugut nak basuh bantal busuk aku tu..eeii..sabarrr aje lah aku..
Kesian btul kat bantal busuk aku yg tak berdosa tu...
Baby belum keluar, tapi dia dah warning awal2, "baby kita tak boleh ada bantal busuk tau!!"
Kadang2 aku rasa, nak aje aku tekap hidung dia dengan bantal busuk power aku tu...biar dia pengsan kejap..hehehe..
ah! perut aku dah bunyi2 sebab lapar.. hmm, hujan2 macam nih kalau dapat bergolek atas tilam licin, bergulung dalam comforter sambil mencium bantal busuk aku, alangkah bahagianya!!
Sudahlah! Jumpa lagi...!

July 04, 2005

Realiti TV



Hmmm..hari nih aku nak jadi ala-ala penulis pojok gitu...tengok tajuk blog pun korang dah tau... semuanya gara-gara program realiti tv yang hangat menyerang stesyen2 tv baik swasta mahupun stesyen tv RTM.. kalau nak diikutkan aku memang tak amek port sangat sapa yang masuk, sapa yang nyanyi, lagu apa yang dia bawak..tapi yang penting, bagi aku kalo dah masuk program2 yang berbentuk pertandingan macam tu, harusssss la mesti kena ada bakat dan ada suara yang baik..kalau setakat nyanyi tapi suara aku lagi sedap, ada lah lebih baik kita sama2 tak payah masuk dan jadi penonton je depan tv..hohoho!!
Mula2 sekali aku nak ulas pasal;

Bintang RTM (RTM 2)
Bagi aku, kalau nak diikutkan sejarah2 lampau bagi pertandingan nyanyian nih, Bintang RTM lah yang paling banyak menghasilkan penyanyi2 yang betul2 "bintang" macam Sudir, Jamal, Siti dll...kalau tak masuk bintang RTM sekalipun, apa2 pertandingan nyanyian anjuran RTM yang lain pun masih mampu menjadikan seseorang itu penyanyi yang bergelar "bintang" macam Dayang, Sarah dan Misha (sekadar menyebut beberapa nama yang aku kenal aje lah)
Tapi, sejak 2 tahun kebelakangan ini, macam dah takde sinar pada bintang2 yang dinobatkan sebagai bintang RTM..Buktinya, kemana hilangnya juara bintang RTM tahun lepas (si Rina Azhar tu..) Ntah cemana la dia boleh terpilih untuk jadi johan tahun lepas..pakej memang kurang lah..(koff!! koff!!), suara pulak, setakat boleh bawak 1-2 jenis lagu aje. Senang cakap mmg tak versatile laa...Bintang RTM tahun nih?? hoh!! langsung tak menarik perhatian mata keranjang aku nih..ntah apa2 ntah...pengkritik mingguan pun kadang2 bagi ulasan tak berapa bernas dan nampak macam over kalau suka/tak suka seseorang peserta tu..
aku rasa RTM nak sangat pilih rupa (takde lah lawa sangat pun), sampaikan orang yang suaranya ntah apa2 dipilih untuk ke final.. Kesimpulannya, aku terus tukar channel masa final bintang RTM 2005 tu berlangsung..Tengok Titanic lagi baguss!!

Audition (NTV7)
Aku memang tak berapa follow rancangan nih 100%..kalau nak ikut dari barisan juri-juri profesional rancangan nih, sumenye yang top2 dan kelass2 belaka..murid2nya pulak, walaupun pada peringkat awal nampak macam "tuttttt" tapi at least ada peningkatan setiap minggu dan hasilnya, Razali muncul sebagai pemenang musim ke 2 mengikuti jejak Tria sbg pemenang musim pertama dulu... Tapi, yang kesian nye, langsung takde apa2 kesinambungan dari gelaran juara yang mereka sandang tu.. Tria? Balik2 jadi penyanyi jemputan mingguan pembukaan bintang RTM 2005..balik2 lagu yang sama, dengan tarian ala2 Olive bini Popeye.. Nasib Razali? setakat nih, jadi bahan perencah dalam Majalah Mangga aje la dik non oiii...!! No song, no movie! Very the tak sesuwaiii...

Mentor (TV3)
Banyak2 realiti tv, mentor nih ada sikit kelainan sebab dia gabungkan "budak baru belajar" dengan "penyanyi senior" dalam satu persembahan.. Ok lah, boleh tengok sapa yang lagi mantap..masing2 ada sifu mereka sendiri...
Aku follow rancangan nih sebab mak dengan adik2 aku memang minat gile rancangan nih awal2 dulu.. sumenya gara2 fahmi, adik azlee senario tu..dia takde la hensem sangat..tapi muka dia selalu tersenyum dan manis aje..
Dalam mentor tu, yang aku rasa betul2 ok dan boleh nyanyi, Alyn, Biella, Fahmi, Dewi dan Pieja. Yanie dengan Nabil takat okeyyy laa..takat "ada suara" aje laa..
yang aku paling tak boleh terima sekali FO'3 tu...aku btul2 tak faham cemana laa diorang boleh dapat masuk final. Padahal 6 hari sebelum result tu, Fahmi dah leading dengan 76%, dan FO'3 cuma dapat 24% je..btul2 aku tak faham..dalam masa satu hari aje, vote FO3 boleh melonjak sampaikan fahmi cuma dapat 16% aje.. gila ke apa??? aku tak kisah kalau fahmi kalah dengan orang lain..sebab diorang memang boleh nyanyi...Tapi, FO3???? Hellooo???? Nana tu suara pun takde...harapkan muka aje cantik..(dan, off course la anak bekas menteri kan?) yang lagi 2 ekor tu pulak, kehulu kehilir atas stage, nyanyi sambil pegang 'anu' (style hip hop le konon...) Sungguh memualkan... hhmmm...Ntah2 vote diri sendiri (menjeling)..buktinya, masa diorang perform last semalam, kebanyakkan penonton sume macam terpinga2 dan tak bagi respon sebagaimana respon masa protege2 lain perform..ada takde pun, budak2 yang dok depan stage pegang tangan kertas tu melambai2 apabila disuruh oleh kameraman.. heii tv3!! orang2 macam nih ke yang nak bawak masuk pertandingan?? tak kelesss langsungg, okeyy!!?? Aku boleh gerenti la, kalau suruh FO3 nih ujibakat untuk Malaysian Idol, jangan kata top 100, baru bukak mulut nyanyi 2 baris, Paul Moss atau Roslan Aziz dah suruh stop..silap2 kene halau...So, untuk malam final Mentor nanti, protege yg bertanding ialah Yanie, Pieja, Nabil dan F(**k)O'3..dalam ramalan aku, yang betul2 akan bertanding nanti ialah Yanie, Pieja dan Nabil aje laa.. 3 ekor mak+pak lawak tu, jadi badut aje kat atas pentas...Pieja mungkin boleh menang ..sebab semalam aku tengok, Yanie tu bukannya menyanyi tapi menjerit... nampak over confident sangat lah kak nam oii...

Malaysian Idol (Chanel 8)
Kalau nak cari penyanyi yang betul2 boleh menyanyii, kat sini lah...pemilihan peserta bukan main hentam keromo aje..semuanya dipilih secara berperingkat2 dan adil...Ini aje lah setakat nih yang buat aku betul2 puas hati dan tak sakit hati...
Semalam lepas sakit2 hati tengok result mentor, at least terubat sikit bila tengok result M'sia Idol... Macam yang aku jangkakan Faizull, Atilia dan Xerra akan mara ke peringkat seterusnya..Memang betul2 dlm jangkaan aku..Aku memang dah target si Atilia (aku tak minat dia langsung tapi suara dia sungguh powerfull walaupun Pol Mos cakap takde orang akan beli album dia base on muka dia..eii!! tak sesuwaii mulut si pol mos tu..mulut takde insuren) dan Faizull (rok kampung berseluar ketat..kih kih kih!!!)..sorang lagi, aku pilih antara Xerra ataupun sapa ke nama budak laki yang gemuk tu..tapi suara sedap..keputusannya, Xerra the red hair yang dapat..ok laa tu.. Memang bijak pengundi2 sms M'sian Idol.. Orang-orang yang dipilih tu memang layak..Memandangkan M'sian Idol musim kedua baru masuk workshop yang pertama, maka aku masih tak dapat menjangkakan sapa2 yang akan menjadi the next Jaclynn Victor.

Akademi Fantasia 3 (Astro)
Terus terang aku cakap, untuk AF musim pertama dan kedua dulu, inilah realtiti TV yang paling aku tak minat dan tak amek port langsung. Pertama, sebab rumah aku takde astro (adik2 aku ada yang amek STPM dan UPSR..TV pun kene sekat) kedua, sebab ada Kudsia Kahar..Aku, Najwa dengan Teh memang tak boleh masuk langsung la dengan makcik Kudsia tu..ntah apa2 ntah...dan yang ketiga, ada sekali aku tengok siaran ulangan Diari AF1 kat NTV7 dulu, bila dengar aje budak2 AF1 nyanyi, aku tetiba je rasa nak menangis sbb suara mereka sungguh sumbang dan hodoh terutama suara Atie, Nana dan hampir semua lah..lebih buruk dari nyanyian Najwa dan Teh (hihihi!!) Tak dinafikan ada jugak sorang dua yang ok macam Rosma dan Khai (minta maaf, aku tak berkenan betul suara Vince)..tapi, blum apa2 lagi Rosma dah out..AF2 pun sama..mereka lebih sibuk digembar gemburkan dengan cerita cinte berbanding dengan cerita pasal bakat..longkang betul!! Tak tau la berapa lama budak2 AF nih boleh bertahan dalam industri muzik.. Bila masuk je budak2 AF baru, budak2 AF lama akan tenggelam..(alaa..korang mesti dah banyak baca ulasan macam nih dalam sokkabar..malas aku nak mengulas lagi..) Hmm..mengenai AF3 nih, belum apa2 lagi Malaysia nih dah dilanda TsuMawi..hihih..mula2 aku tak faham apa tu tsumawi..start 2 minggu lepaslah masa aku balik Jb.. kan aku dah cakap, orang2 kat rumah mertua aku tu sume hantu AF..dari pak mertua aku, mak mertua aku..sampailah ke adik beradik, cucu cicit dan segala bagai sedara maranya sume hantu AF..tapi takat sorak kat rumah aje lah..takde pulak aku tengok diorang dok sms vote student2 tu..aku sempat la layan konsert mingguan ke 4 AF3..Masa tu la aku kenal budak2nye..hmm..terkejut gak aku..sebab aku tengok ramai yang berbakat dan boleh nyanyi...jauh bezanya dengan budak2 yang masuk bintang RTM 2005...budak2 AF3 kali nih jauh lebih baik (off course la jauh lebih baik dari AF1/2) Barulah aku tau apa tu Tsumawi, lepas tengok budak Mawi yang digembar gemburkan orang tu perform last sekali..memang world lah! Hahahahaha!!! Tapi sayang jugak, malam konsert ke 4 yang aku tengok tu, Idayu dah terkeluar sedangkan aku rasa dia ada suara yang best..

Hmm, kesan dari TsuMawi dan keterujaannya lah yang menyebabkan aku terus pegi daftar Astro balik kerja hari Isnin minggu lepas..hehehehe...tapi aku cuma amek mini pakej aje..aku pun bukan jenis yang tengok tv sangat..
Lagipun aku kesian gak kat hubby aku, setiap kali dia balik melaka hari sabtu, lepas je pukul 11.30 malam dia mesti akan call mak dia (atau mak dia call dia) untuk bagitau result AF3..Memandangkan aku dah tak balik Jb lagi lepas nih (sementara waktu nih je laaa), dan hubby aku akan balik Melaka tiap2 minggu, so aku rasa bagi menghargai pengorbanan dia, aku langgan Astro supaya dia boleh tengok AF3 setiap kali dia balik sini..hehehhee...

Budak pompuan yang jual astro tu cakap, kalau mini pakej, dalam tempoh 3 hari je dah dapat...aku siap suh Najwa tunggu...hampeh je...rupa2nya seminggu jugak..Maknanya aku miss konsert AF 2hb hari tu...rasa macam aku nak sebat aje kaki budak pompuan astro tu.. Berani dia tipu aku!! Akibatnya tak dapat jugak lah aku nak buat suprise kat hubby aku...
Eh, cina astro tu baru call, katanya on the way ke rumah aku..heheh!!
OK la, jumpa lagii..

July 01, 2005

Baju Hamil dan 2 Orang Ganjil...

Hari nih genap seminggu aku mengenakan uniform ibu hamil ke ofis....start dari hari pertama aku pakai, sampai lah sekarang macam2 reaksi yang aku terima baik dari makcik cleaner, budak2 operator, budak2 technician, officemate aku dan sampailah ke big boss aku..hehehe..lawak btul...masing2 macam tak percaya aje yang aku sekarang bakal menjadi seorang ibu..hmm..sebenarnya aku sendiri pun macam tak percaya je mula2 dulu..apapun, aku happy sangat...suspen pun ada jugak sebenarnya... :)
Masa 1st time aku pakai uniform ibu hamil tu (budak2 operator indon panggil ini BAJU KIPAS), macam2 la diorang sakat aku.. ada yg cakap "belum raya lagi dah pakai baju cantik.." (cantik ke? aku rasa macam baju bubu tangkap ikan aje..) ada jugak cakap cakap "hai Wa, boleh pinjam baju?" (bergurau apa!?? adakah lelaki pun boleh hamil?? lain lah kalau perut kau macam adflin shauki!! koff!!) dan macam2 lagilah yg aku dah lupa diorang cakap apa.. Tapi yang pasti perubahan besar yang aku nampak sejak aku mengenakan baju kipas nih, ramai staff department lain yang sudah mulai beramah mesra dan senyum dengan aku..ye lah, aku nih kira baru la jugak kerja sini, tak sampai setahun pun lagi..mestilah tak ramai yang kenal.. ikutkan department aku berapa kerat aje yg ada...tapi sekarang, kalau selisih jalan dengan sesiapa sahaja, mesti diorang akan tegur atau sekurang2nya senyum kat aku.. mungkin ini rezeki baby aku..semoga bila dia besar nanti, dia akan dihormati dan disayangi oleh semua orang...amin...
Minggu lepas aku balik JB.. hmm..dah lama btul aku tak balik jb..dekat 2 bulan rasanya..mak mertua aku yang tak bagi aku travel jauh2..ikutkan aku tak kisah pun...memandangkan kakak ipar aku pindah rumah kat Taman Pulai Perdana, JB..dan dah lama aku tak jumpa mertua aku, maka aku pun ambik keputusan utk balik jb jumaat lepas....kebetulan hubby aku kerja sabtu..kalau dia balik melaka skalipun, petang sabtu baru sampai then hari ahad dah nak kena balik jb balik..mesti penat tak hingat punya!!
So hari jumaat tu aku amek cuti half day..mula2 plan, aku nak naik bas pukul 3..sampai je melaka sentral, hampeh..bas paling awal pun pukul 4 petang..terpaksa laa aku melepak kejap kat situ sementara tunggu bas Jebat ke JB tu datang..hmm..bas tu gerak punyalah lambat..ntah apa2 ntah yg dia tunggu..bosan btul aku..dalam bas tu aku duduk sebelah lelaki india..umur dalam 20 lebih kot...macam budak hik hok (hip hop) aje aku tengok..skali pandang macam rappers pun ada....aii...tak kuasa!! yg buat aku slalu terkejut2 duduk sebelah dia tu sbb ringtone henfon dia lah! Kejap bunyik macam baby menangis, kejap kang bunyi macam orang ketawa, yang tak tahan skali, bunyi orang letup-letupkan jari.. keletap, keletup bunyik dia..banyak2 kali pulak tu...tension btul aku..rasa nak ketawa pun ada...tapi kang aku ketawa dia cakap aku gile pulak...
hmm..sampai jb dalam pukul 7 lebih..pegi makan kejap pastu terus singgah carrefore beli barang2 nak masak breakfast esok..dalam kul 9 lebih balik umah mertua aku..mandi manda, salin2, gedebak gedebuk, lepas sume settle, aku pun join diorang tgk tv..sembang2 pastu tgk diari af3. Rupa2nya diorang kat rumah nih sume hantu af3..
Pagi sabtu tu, macam biasa, tolong mertua aku sikit2 pastu sembang2 lagi..pukul 4 petang aku ada temujanji dengan maini dan nora...kul 1 lebih hubby aku balik, pastu kitorang makan2 dan sempat membuta kejap...aku rasa pening kepala sejak bangun pagi tadi..mungkin sebab tido tak cukup..tido lewat, kat pukul 1 lebih, pastu kul 7 dah bangun..kepala rasa panas dan pening..macam nak meletup pun ada..
dalam kul 3 lebih aku bangun dan siap2 sbb nak ambil Neil dulu sebelum jumpa Maini dan Nora kat angsana..
Serius cakap laa..sepanjang perjalanan dari johor jaya ke angsana, jb tu..kepala aku tak henti2 berdenyut... nak tido pun tak boleh sebab jalan jammed pastu panas pulak..pasang aircond pun masih terasa bahangnya.. lagiiiiii la aku pening... sampaikan Neil sembang dengan hubby aku pun aku malas nak layan..last2 hubby aku cakap "eleeh, karang jumpa Maini tu mesti hilang la sakit kepala tu..orang pompuan kalau dah jumpa sakit pun tak rasa....." dia cakap sambil jeling2 aku...aku diam je laa..tak larat nak menjawab sbb kepala aku dah bertambah biul..aku mencebik bibir je sebagai tanda protes...
Dalam pukul 4.30 baru aku sampai angsana...maini dan nora dah tunggu kat McD..aku yg cadangkan sbb aku teringin sangat nak makan kentang goreng dengan big Mac..eehhhehehe.. aku sampai je depan McD nampak nona, terus aku menonong pgi kat dia dan tinggalkan hubby aku dgn Neil kat belakang... hihihi!!
apa lagi, kalau aku dah jumpa dedua budak tak siuman tu, mmg tak hingat dunia laa..ada je benda yg aku nak cakap..semua perkataan dalam otak aku macam berlumba2 je nak keluar..mmg kecoh... aku banyak bergossip dengan nora aje....., maini?? huh!! dia langsung tak dapat bercakap sebab asyik gelak aje.. (memang merungsingkan orang)
Sebenarnya aku macam tak selesa bila hubby aku ada kat sebelah aku saat aku bergossip..hihihi... last2 Neil cakap dia nak kluar isap rokok kejap..Yess lah! terus aje aku suh hubby aku pgi temankan Neil..heheheh..hubby aku sempat cakap "dah baik ke pening tu?? laju je cakap..." heheheeh..

Lepas makan2 dan ketawa2 dengan kedua2 makhluk aneh tu, aku pun teman diorang pegi beli barang2 dapur..Macam2 makanan diorang beli..perut je nampak kecik, tapi macam ada banyak kantung makanan didalamnya.. (-_-;)
Nora baru dapat gaji..yang paling bes sekali dia belikan aku coklat Kit Kat 3 bar dengan waffer music hazel munchy's... Ai..terharu sungguh aku..dan sebagai balasan, aku cuma bagi dia sebiji limau manis tempatan yang aku memang bawak dalam beg setiap kali nak kemana2..biasanya aku bawak 2 biji, tapi on the way tadi aku dah belasah sebijik..so, tinggal satu je la..
dalam pukul 6 lebih, diorang pun pakat nak balik..aku, hubby aku dan Neill pun balik la ke johor jaya semula..
Mlm, macam biasa, layan af3 pastu aku pun pengsan sbb keletihan...ZzzZZzzzZzzz...
jumpa lagi!

June 17, 2005

MC..MC.....MC lagi...

Aduh...banyak betul keja yang menunggu aku...pantang cuti sehari..mulalah penuh tray in aku..inikan pulak aku yang MC, 3 hari..naik pitam kepala aku tengok keja yang bertingkat-tingkat tu...
Hmm.. ini semua gara-gara Bowling Competition anjuran Teac!! haha..sebenarnya, bowling tu tak salah...aku yg salah.. Dah tau 'membawak budak' ada hati lagi nak main boling (mak buyung yg tak sedar diri...) Masa main tu takde la rasa apa2 pun.. ok je..siap boleh buat sommersoult berpusing lagi...(aku main double dengan kak liza, clerk aku).
Masa malam tu dah start lenguh2 dah...kena kat peha belah kanan..cam urat bersimpul..mlm tu aku tido umah sewa aku..kalau tido umah mak aku, mmg aku ada tilam lembut yg aku beli sendiri kat tesco.. nih bila hubby aku balik, kena la tido atas katil pengantin tu.. apa lagi.. mula lah sakit satu badan..sebenarnya aku dari kecik dah biasa tidur tilam nipis dan lembut..jadi, bila kena tido atas katil & tilam tebal dan keras, badan aku terus sengal2.. sampaikan nak pegi toilet yang 4 langkah tu pun ambik masa sampai 7 minit..seksa sangat..
Memandangkan aku rasa dah tak larat sangat, so aku pun ambik keputusan untuk mintak mc aje kat doc panel kilang aku.. Isnin tu aku datang kerja macam biasa, then aku terus pgi klinik panel (dalam kawasan kilang jugak). Lepas dia check2, aku ingat dapat la rehat sehari..rupa2nya dia bagi 2 hari terus.. hohoho!!
Bila dah sampai kat rumah tu pulak, nama je MC, tapi serupa kerja jugak..tak dapat rehat.. kena layan si bulat lah (sebab dia gemuk), layan daging salai lah(sebab dia terlalu kurus!!) ~ (amnan dan insyirah - budak yang mak aku jaga tu). Diorang tu pulak bukannya reti bahasa yang kaki aku nih sakit..dia ajak menari kuda lah, ajak aku timbang kaki la..adui laa.. very the tertekan..tapi nasib baik lah diorang tu comel dan tak suka menjerit2. aku suka pada budak2 yang pendiam tapi aktif.. kalau budak2 suka menjerit atau menangis, aku rasa macam nak lipat2 aje dia...
Tak kalah dengan budak, mak aku pun boleh tahan jugak karenahnya..dah tau aku sakit kaki, dia ajak jugak teman dia pegi area serkam estate tu utk cari durian.. jiran sebelah rumah aku cakap ada satu kedai kat depan kilang telur kat serkam estate tu jual durian bagus2 belaka..memandangkan dah lama aku tak makan durian, aku pun follow the leader aje lah.. dengan si bulat dan si salai kitorang bawak sekali pegi!
Hari kedua aku MC tu, kaki aku dah beransur ok.. petang tu dalam kul 5 lebih, adik aku Teh ajak teman dia pgi cucuk duit pastu dia nak pegi karnival jualan Thai kat Tesco. Najwa pun ikut sekali..dia tu kira macam "sampan tunda" laa..ajak je dia pgi mana2, mesti dia ikut punya..Aku ingatkan sekejap aje diorang nak shopping..punyalah lama...dah ke Tesco, ke Jusco pulak..pastu ke MP lagi... keji btul! Apa lagi..kaki aku pun jadi sakit balik laa sebab banyak berjalan dan berdiri lama..tak pasal2 aje aku kena pegi klinik Amal untuk ambik MC sehari lagi..tak pasal2 jugak lah aku terpaksa MC sampai 3 hari..hmm..nasib aku laa...
Inilah yang susahnya kalau aku lepak kat rumah...tak pasal2 aje kena hantar makhluk2 kat rumah aku tu kesana sini..beli durian lah, shooping lah, itu la, ini laa.. Tapi nasib baik lah Teh dengan Najwa baru je lepas JPJ test..diorang pun ambik kat Institut Maharani, Muar jugak..sama lah tempat belajar dengan aku dulu..cikgunya pun sama, Pak Mi...lepas nih, jangan harap la nak suruh aku hantar sana sini sebab aku sendiri nak pakai safety belt dah tak muat (hihihi...) lepas nih, turn diorang la pulak kena hantar aku ke sana sini...
Oklah, nak siapkan kerja..jumpa lagi!

May 28, 2005

Ulangtahun ke 26



Hari nih, genap usia aku 26 tahun.. hmm..kejap saja dah begini tua...rasanya baru semalam selesai mengambil peperiksaan UPSR...cepat betul masa berlalu..
Walaupun hari ini hari istimewa aku..tapi sebenarnya tak ada apa yang menarik berlaku.. Pagi2 dah kena pegi keja..terpaksa berlumba dengan lori untuk menguasai jalan kerana takut lewat sampai office..
Sampai office, bukak pc, terus siapkan Operation Procedure untuk part baru, kaset. Lepas tu mengantukk.. eeii..mengantuk betul hari nih.. semua keja aku rasa malas nak buat..kepala berpusing2, mata pun berpinau2... adooi laaa..
Semalam tengok M'sian Idol..lawak gile..aku kadang2 tak paham la diorang yang pegi audition tu..aku tak pasti apa sebenarnya yang diorang fikirkan tentang suara dan diri sendiri...ei..tak rasa malu ke masuk dalam tv untuk buat orang gelakkan kita? bagi aku, cermin diri sendiri adalah lebih baik daripada perasaan terlalu confident..aku tau suara aku tak sedap..untuk apa aku pergi audition? saja suka-suka? saja nak muncul dalam tv? saja nak glamer? atau saja nak test power? hihi...malunya kalau aku tengok diri aku sendiri bila terkial-kial menyanyi, terlupa lirik atau suara 'sangkut' masa menyanyi.. paling tak tahan ialah bila menyanyi dengan penuh perasaan dan mimik muka yang ganjil dimana hidung bergoyang-goyang, mata terpejam rapat, gigi bergerak-gerak dan otot muka berkedut-kedut..memang satu situasi muka yang mencemaskan orang (-_-;)
aku paling tak boleh terima sekali bila seseorang tu cakap "saya boleh menyanyi dengan baik, saya begitu konfiden sekali..saya telah meningkatkan mutu suara setaraf dengan penyanyi sebenar.."
Kalau dia betul boleh menyanyi dengan baik, tak apa lah..puas hati.. Ini tak, bak kata si Roslan "awak menyanyi melalui hidung...hnfff..nfffff!!" Pol mos pula cakap "bunyinya macam kucing berdengkur" dan macam2 lagi lah komen2 yang pelik.. Siap pulak tak puas hati dengan juri sebab komen yang buruk2 pada dia..aih... Adakah kau fikir suara kau begitu merdu sehingga perlu dipuji orang??
Sebenarnya aku memang suka tengok gelagat orang2 misteri seperti itu...cuma kadang2 aku jadi malu sendiri..kadang2, kesian pun ada..menyampah pun ada..tak puas hati pun ada...cemacam laa...aih...tepuk dada, tanya selera..
Sebut pasal selera, aku tak sabar nak balik rumah..Malam nih makan besar..family aku dah plan nak makan ikan bakar kat Anjung Batu sebab nak celebrate besday aku..yg tak bes tu, aku pulak yg kena belanja.. tak pe laa..sekali sekala..aku pun mmg dah lama nak ajak dorang makan2 kat sana cuma tak sempat aje.. kebetulan suami aku balik, boleh lah pegi makan sekali..
Oh! sekejap je dah pukul 5 lebih..beberapa minit lagi lagu jepun berkumandang menandakan waktu balikkk!!!!!! ok lah! jumpa lagi...

May 17, 2005

SELAMAT ULANG TAHUN KE 6 #EMPIRE_RECORDS


Kejap je rasa masa berlalu... pejam celik, pejam celik Empire Records (#empire_records.webchat.org) dah masuk tahun ke 6. Kalau ianya bayi hidup, pasti sekarang sudah mendaftar masuk ke sekolah tadika..menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri diikuti dengan lagu tadika KEMAS (kemajuan...masyarakat..itu lah teras utama kita, membina bangsa, memaju negara...agar maju dan jaya...alalaalaaa...) Terus terang saja, aku memang terlalu rindukan empire! Terasa ingin memanggil mereka semua berkumpul semula, duduk semeja sambil menikmati ais limau dan nasi goreng kampung beramai-ramai sambil bercakap perkara yang sia-sia. Memang tak dapat dilupakan..aku sanggup datang dari JB ke Ipoh dan balik semula ke KL kemudian ke JB semata-mata utk bersama-sama para empirean..memang satu pengalaman yang menyeronokkan dan menggembirakan walaupun dalam masa yang sama memenatkan...camtu jugaklah kanak-kanak dari Ipoh sanggup ke KL kemudian ke Melaka dan kemudian ke JB semata-mata memenuhi prinsip EmpireSpirit (hihihi..) yang ditanamkan dalam diri masing-masing...
Walaupun jauh jarak yang memisahkan setiap empirean, namun kami masih tetap dapat berkomunikasi hampir setiap malam..seronok btul rasanya bila semuanya ada berkumpul di cenel #empire_records.webchat.org setiap hari... kadang2 aku dan maini yang duduk bersebelahan kat cc pun boleh chatting berdua aje dalam cenel tu sementara menunggu makhluk2 lain memunculkan diri (memang perbuatan yang sia-sia) (-_-;)
Setelah beberapa ketika, baru lah kami semua mengambil keputusan utk menyertai gathering empire yang pertama. Kami membuat perjumpaan tersebut di Port Dickson. Langsung tiada kena mengena dengan tempat tinggal sesiapa..cuma tempat itu dipilih kerana sekumpulan kanak2 empire yang lain menyertai pesta kugiran tepi pantai di PD. Sangat mendebarkan waktu itu..masing2 rasa tak sabar (dalam masa yg sama merasa seram sejuk) nak berjumpa sesama sendiri dan melihat secara langsung bagaimana sikap sebenar orang2 yang sebelum ini cuma dikenali di medan siber. Aku juga sempat terjatuh sewaktu dalam perjalanan akibat terlalu cemas dan tak keruan. Memang aku seorang pencemas sehinggakan boleh terdengar degupan jantung dalam udara. Mujur ketika itu tiada orang dikawasan sekitar..kalau tidak, harus aku pura2 pengsan waktu itu..
.
Ramai juga yang menyertai pesta perjumpaan kanak2 liar pada waktu itu.. Bagi puak aku, ada Maini, Lobak, Najwa dan aku sendiri. Bagi pihak Ipoh Rock City, ada Art, Wan, POLIS, Arieyya, Kasumie, Ijan, Boi, Semut, Kameng, Leman Manan dan beberapa orang lagi yang aku tak perasan siapa.. Dan bagi pihak babe-babe KL ada Aliya, Dilla, Zati dan kakaknya yang cantik. Seronok berjumpa dengan makhluk2 asing begini.. Selepas daripada perjumpaan itu, cenel menjadi lebih meriah lagi!
Semalam sewaktu aku menulis karangan surat rasmi dalam bahasa inggeris, tiba2 aku teringatkan bagaimana kami semua berkomunikasi dalam bahasa inggeris spastik yang direka khas oleh maini yang tak siuman itu..memang menulis ayat bahasa inggeris, cuma ejaannya tersangat melayu sehingga menyakitkan naluri sopan sesiapa sahaja yang membacanya...
contoh ayat: Please teacher, may I go out?
english spastik: Plis ticer, mei i go aut?Semua orang bersungguh2 mempelajari dan memahami penulisan ini sehingga menyebabkan leman^_^manan pernah putus harap dan tertekan kerana gagal menguasainya.. hei hei!!!
Aku masih teringat lagi, pertama kali #empire_records menjadi gempar apabila teman wanita POLIS yang dikenali sebagai Amy dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..Kecoh sekejap... sampaikan si Zati sanggup mengangkat tangan, membaca al-Fatihah didepan pcnya... (adik! kau memang berhati kudus)
Perjumpaan kali ke2 diadakan di KL (tempat biasa...watson cm..hehehe) Kali ini ramai yang hadir bersama orang-orang baru...ada TiQ, Along, Shafa, Nutshell, Wutang, StoneTemple Pilot, Ena Bulat dan sesapa ntah lagi.. Ada juga babe-babe KL yang baru (orang2nya juga sangat ganjil..tak tahu bagaimana rozel dan tiq boleh bersama orang2 seperti ini...hahaha!!)
Dengarnya SEMUT la orang yg paling digilai ramai..hehehe!! sampai ada yang menangis kerana terpaksa berpisah dan sanggup turun ke Ipoh semata-mata menagih ingin cinta Semut!! Syabass Semut kerana bisa meruntun jiwa sang gadis..
Waktu paling best ialah ketika menyambut majlis hari jadi Kasumi dan Arieyya pada bulan puasa tahun 2001 (kalau tak silap laa) Memang seronok..Makan dengan kadar yang banyak sekali sehingga aku terpaksa melonggarkan tali pinggang seluar... Kali pertama aku berbuka puasa di Ipoh dan bersahur (makan durian dan ikan keli) di rumah Arieyya.. Memang seronok!!
Sempat juga aku kerumah Leman Manan malam itu beramai-ramai menziarahi beliau.. dapat dengar bunyi keretapi lalu ditepi rumahnya...sungguh mendebarkan!
Pertama kali sewaktu aku datang ke ipoh bersama Maini dan Lobak, kami singgah makan di TKK (kedai Ah Yong) teringat lagi dengan gelagat si Kuzi yang bercakap dengan kadar yang sangat laju dan kuat sekali..sungguh berkeyakinan orangnya. Ini telah menyebabkan Maini dan Lobak hampir putus nafas menahan ketawa melihat aksi sang Kuzi itu tadi.. Semua pun orang2 yang tak siuman... (-_-;) aii....

Hmm... tapi semua tu tinggal kenangan aje sekarang... semua orang dah membawa haluan hidup masing2..Usia semakin meningkat dan kedut dimuka semakin bertambah..Masing2 ada komitmen sendiri termasuk aku juga...
Aku tak sabar nak menghadiri majlis perkahwinan masyarakat empire seperti mana waktu mereka menghadiri majliis perkahwinan aku tempohari...Bagaimana agaknya melihat aksi mereka di atas pelamin?
ahh!! hampir aku terlupa...aku sudah 11 minggu dan 4 hari..Kepada semua empirean, KAU SEMUA BAKAL MENJADI PAKCIK DAN MAKCIK HUJUNG TAHUN INI!! doakan yang baik-baik utk 'kami' ya?
Jumpa lagi... ;)