December 15, 2009

Adakah Jusco akan berhantu kelak?

Semalam lepas lunch kecoh 1 opis pasal Jusco baru yg bakal dirasmikan Khamis nih meletup. Dengarnya punca adalah dari tong gas meletup. Kejadian tu jugak menyebabkan sorang terbunuh & beberapa orang lagi cedera parah.

huhhhhh.... seriau aku dengar.

kitorang baru jek plan nak berpoya2 ke sana khamis nih. Jusco tu mmg dekat sangat dengan opis aku, ala2 sekangkang kera aje..

Smlm tengok laporan kat buletin TV3, nampak rosak agak teruk dan mungkin tak jadi rasmi la kot khamis ni? hmm.....

Kalo kita org Islam nih mmg kate Qada & Qadar lah kan... tapi ada sesetengah opismet aku yg non muslim kata, suwey lah, pastu ada setengah japanese kat sini cakap bangunan baru mmg kena korban darah. Choiiii!!!! Mulut korang lagi suweiii okeh!?

Apa2 pun.... Takziah pada keluarga mangsa.

Tiba2 aku terfikir...... agak2 Jusco nih berhantu tak nanti? (-_-;)


++++++++++++++++++++++++++++

kredit : Utusan Online & blogger Dahliaa



Seorang maut pusat beli-belah meletup


MELAKA 14 Dis. - Seorang mati manakala 20 lagi cedera termasuk enam parah dan enam separa kritikal apabila bahagian medan selera di tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di Jalan Panglima Awang, di sini tiba-tiba meletup, dipercayai akibat kebocoran gas.
Ketika kejadian kira-kira pukul 1 petang, kesemua mangsa dikatakan sedang melakukan persiapan terakhir di premis tersebut sebelum pusat beli-belah terbesar di Malaysia itu, dibuka Khamis ini.
Mangsa yang maut ialah penyelia sebuah restoran, Tiau See Peing, 25.
Tiga lagi yang separa kritikal antaranya adalah Mohd. Tarmizi Jaafar, 23, Lai Soon Wee, 32 dan Ooi Kok On, 33.
Mangsa yang lain antaranya adalah lima lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, seorang wanita Myanmar dan sembilan warga tempatan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R. Ezhumalai berkata, siasatan awal mendapati letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas petroleum cecair (LPG) di salah sebuah restoran di medan selera tersebut.
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan mengenai letupan di tempat letak kereta pada pukul 12.59 tengah hari dan tiba di tempat kejadian lima minit selepas itu.
"Sejurus sampai, bomba melihat dua mangsa berada di luar bangunan diikuti dua lagi mangsa sedang dibawa keluar oleh beberapa pekerja.
"Pihak bomba terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat, apabila dimaklumkan masih ada dua lagi mangsa terperangkap," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Menurut beliau, pihaknya kemudian menemui dua mangsa di bawah runtuhan siling termasuk seorang daripadanya maut dipercayai terkena serpihan kaca di lehernya.
Ezhumalai berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih ramai mangsa cedera dalam kejadian itu dan masih menunggu laporan jumlah sebenar terlibat.
"Punca kejadian juga masih dalam siasatan tetapi difahamkan sebelum kejadian kontraktor di situ sedang membuat ujian LPG.
"Setakat ini, hanya kawasan letupan iaitu medan selera di bahagian bawah sahaja musnah manakala tingkat satu dan dua tidak terjejas," katanya.
Ditanya adakah bangunan tiga tingkat itu selamat digunakan kepada orang ramai Khamis ini, beliau enggan mengulas.

4 comments:

ISZA EDIBLE IMAGE @ MELAKA said...

uikss.. takutnyer... nasib baik belum gi sana lagi...seram la... dah la tgh Year End Sale ni... trauma org nak shopping kat jj ni..

PertMuffin said...

tu ler pasal... baru jek plan nak gi cuci2 mata nanti.. :(

tapi mujur gak la kejadian berlaku smlm... kalau kena khamis nanti masa opening lagi haru...

EppY NooR AfzaN said...

ye.. dekat jugek dengan opis ku.. jika naik kereta hanya ku rs tidak sampai 2 minit pejalanan.. juga rs cuak mahu ke sana dlm ms terdekat jika dibuke

PertMuffin said...

hey nur! ofis mu di mana?
senyap2 je.. belasah kang!!