December 21, 2009

Si Kacak Yang Boleh Diharap..






hai olls..!~
Weekend lalu adalah weekend yg seronok sebab hujan di tengah bulan. Jadi, tak perlu rasa gelisah tak dapat keluar rumah untuk menghabiskan masa dengan aktiviti sia-sia. Cuma perlu khemah, selimut dan toto untuk bergolek-golek dalam rumah dengan anak2. heihei!~
Ok, dah lama tak cerita pasal adik Rayyan. Disini aku apdet serba sedikit perkembangan terbaru beliau. Untuk makluman gadis2 cilik diluar sana, anak bujang aunty sekarang sudah berusia 1 tahun 2 bulan setengah. Dan pada umur ini, ada beberapa perkara asas yang boleh dilaksanakan oleh beliau tanpa banyak membantah.


Antara perkara tersebut adalah,
1) "Rayyan, tolong ambikkan handphone ibu!"
2) "Rayyan tolong tutup pintu"
3) "Rayyan ambikkan ibu remote Astro"
4) "Rayyan cepat tidur!!!" (bila aku cakap camni, nanti dia tengah memanjat katil pun boleh tiba-tiba tak bergerak dan terus lelapkan mata. perangai ini sangat menjengkelkan!!)
5) "Rayyan gi buang sampah" (sampah = pampers kotor)



Aku sangat gembira dengan perkembangan ini. Azat kata aku cuma merasa suka kerana dapat memperguna-gunakan anak untuk kepentingan diri sendiri! (ahh! dah bocor rahsia aku)



Aku ingat lepas nih nak ajar dia beberapa perkara lain seperti,
" Rayyan, masakkan ibu nasi goreng.. bubuh telur mata goyang punye !!' atau "Rayyan tolong kemas katil ibu" atau "Rayyan, nescafe tarik satuuuu!!!"


koff!! (-_-;)


bye~~

8 comments:

Anonymous said...

adakah rayyan akan jadi macam oompa loompa?

- kakak sally

PertMuffin said...

bergurau apa!? (-_-;)
tak tak ! tak ada hal itu... aiii!!

z a t i said...

ini dia pengusaha buruh kanak2!

weh aku 3 hari kt melaka you. memang hujan dari pagi smpai pagi esoknya.

sebab aku mmg suka hujan (bukan band) aku gembira dgn keadaan iitu tempoh hari.

PertMuffin said...

bedebah!! (-_-;)


datang melaka tapi tak bagitau?? hmm... mmg macam kacang lupakan kulit....

PertMuffin said...

baidewei zati, kenapa ko tulis perkataan 'you' dihujung ayat?
rasa macam bukan kau...

rasa macam perempuan aneh yang slalu berkata "i sedang preggie, nak update bloggie tapi takder lappie"
euuwwww!~

Anonymous said...

adik ryan nak jadi mummy punya menantu tak?

senang hidung adik mysha "abang, tolong cuci kain", "abang, ayang dah lapar", "abang, mummy nak datang, nak makan sup tulang abang buat...." hahahahahaah

ibu menyalahgunakan kuasa sepenuhnya! kasihan adik ryan encem boi..... tapi encem lagi ridzuan mummy, hihhihihihii

--mummy mast--

Anonymous said...

kak we, ape no. contact Children Welfare eh?

:P

Ally said...

wa wa...kesian Rayyan kena buli dr u...mari bawa Rayyan pd I...i pon nak dia tlg I basuh baju...keke