December 07, 2009

Baked Cheese Mussel

Fresh Big Fat Juicy Mussel Melake





Sebelum bakau



Selepas bakau.




Sedia di baham...!~ Yummmey!




Share lagi resepi. sapa yg dok tepi laut tu boleh gi cari kupang balik nih karang..
smlm aku beli sekilo lokan & sekilo kupang. rebus sekejap agak2 kulit terbukak dan buat resepi ni :-


Baked Cheesy Mussel

1 kilo Lokan/ Kupang.
2-3 batang serai di titik (atau 1/2 biji perahan lemon)
1 biji tomato potong dadu.
5 sudu rempah bolognese Maggi.
sedikit air panas - untuk bancuh rempah bolognese - jangan cair sangat ye
cheese (any kind) - aku guna sliced cheese sudehh...
sedikit serbuk cili/black pepper.

Cara:

Bersihkan Lokan/Kupang. Masukkan dalam periuk bertutup bersama serai atau jus lemon. Tujuannya adalah utk menghilangkan bau hanyir.

Bila kulit lokan/kupang dah terbuka. tutupkan api.

Kopekkan sebelah kulit. Pada kulit yang terdapat isi tu, letakkan tomato dan bancuhan rempah bolognese. --> gunakan kulit lokan sebab besar dan boleh menampung banyak isi + sos.. biasanya wanita rakus macam aku akan letak 4-5 ketul isi kupang dalam 1 kulit. (-_-;)

letakkan tomato & sedikit sos bolognese. taburkan cheese dan serbuk cili.

bakar pada suhu 200°c selama 15 min atau hingga cheese melt.

sedia utk dihidang . selamat mencuba


p/s : Aku buat 2 version. 1 ada sos, satu baked kosong jer.. Azat kata yang baked kosong with cheese lebih sedap and asli.... terasa diri sendiri macam putera duyung sbb ada aroma laut dalam makanan (suami yg aneh!!)


No comments: