December 15, 2009

Ibu Hadif Giveaway - Anugerah Terindah

hi semua.. ok, contest lagi.. ngeeee!~

Kali nih di anjurkan oleh Ibu Hadif.. tajuk contestnya adalah IBU HADIF GIVEAWAY - ANUGERAH TERINDAH..




Meh tengok syarat² nye...

1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja. - DONE
2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda. - DONE
3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.4. Tiada had umur anak. Semua boleh join. - DONE
5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang. - DONE
6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh... - DONE
7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet. - DONE
8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified) - DONE
9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini. - DONE
10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri. - okeh..i setujuuu!~ :D


Okey puan penganjur.. ini lah anugerah terindah pertama saya...

Nama : Yang Nuralissa bte Azat
Umur sekarang : 4 tahun 19 hari
Umur dalam gambar : 7 jam selepas dilahirkan - disahkan menghidap jaundice.


Pengalaman pertama melahirkan anak mmg sukar digambarkan dalam tulisan mahupun dengan kata2.. Hanya insan yang pernah melahirkan saja dapat merasakannya..
Pertama kali menatap wajah anak gadis sendiri, hanya Allah saja yang mengetahui.. Gembira dan terharu tak terkata. 7 jam selepas dilahirkan doktor mengesahkan Lissa menghidap jaundice. Sedih..... Terus rasa macam ibu yang gagal.. Sebab dari cakap-cakap yang kedengaran ditelinga aku mengatakan punca permakanan ibu semasa hamil menyebabkan baby terkena jaundice.
Tambah sedih sangat bila tengok baby Lissa tergolek2 dalam incubator tanpa alas dengan ber-dypers semata2.. menitik airmata aku dibuatnya..
Alhamdulillah jaundice Lissa cepat sembuh dan dia membesar jadi baby yang sihat dan jelita..
(-_-;)

Kepada Yang Nuralissa, ibu sandarkan harapan setinggi gunung kepada awak untuk menjadi contoh yang terbaik kepada adik-adik. Terima kasih kerana selalu buat ibu tersenyum..
Lissa...ibu sayanggggg awak!


p/s: cerita detail pasal peristiwa bersalin nih boleh baca kat sini

5 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

salam...
ibu hadif dah terjah!!

gudluck!

PertMuffin said...

salam.. thanks ibu hadif :)

sol said...

aku nk join contest nih! ;p

PertMuffin said...

baik!! marilahh!!
*pijak kaki sol dengan kasut tumit tinggi*

sol said...

arghhh nasib sempat elak ;p

tetiba rs malas nak masuk contest pulak. kalu menang, kita kongsi adiah kan? ok deal!