July 07, 2009

Gigi Bongsu yang Merungsingkan.

p/s: gambar lelaki kacak ini adalah ilusi semata-mata bagi mewakili perasaan penulis. (-_-;)



Semalam MC. Gigi geraham bongsu tumbuh secara mencapah dan telah memakan suku isi dinding pipi dari belah dalam.
Kesannya adalah kesakitan yg maha hebat.
Smlm mc konon nak pgi cabut. Memula pegi klinik pergigian Pengkalan Rama. Tutup akibat kerja2 membaik pulih bangunan.
Dicadangkan ke klinik Tanjung Kling oleh pekerja cucian disitu.
Ke klinik tg.kling (20 minit) dalam keadaan tak reti jalan - terpaksa berhenti banyak kali utk bertanya kepada masyarakat setempat. Akhirnya berjaya jumpa jua.
Sampai klinik pergigian tg. Kling dimaklumkan oleh jururawat bertugas bahawa doktor telah keluar membuat pemeriksaan gigi di sekolah-sekolah. Bergurau apa!?
Akhirnya dicadangkan ke klinik pergigian klebang pula.
Memandangkan gigi semakin sakit, maka digagahkan jua diri mencari klinik klebang tersebut.
Mujur tepi jalan je. Akhirnya jumpa setelah menempuh beberapa minit perjalanan.
Di klinik klebang agak penuh memandangkan banyak klinik pergigian yg tutup dan tidak berdoktor.
Setelah menunggu beberapa ketika, akhirnya sampai giliran.
Doktor yg merawat aku sangat lembut dan berbudi pekerti tinggi.
Agak menyedihkan kerana gigi masih tidak boleh dicabut kerana gusi sudah terlalu bengkak.
Jika tetap mahu dicabut maka mungkin akan berlaku pendarahan tanpa henti.
Dicadangkan supaya makan ubat dan tunggu sehingga susut kemudian baru dilakukan proses cabutan secara pembedahan (-_-;)
Walaubagaimanapun, doktor memaklumkan pembedahan perlu dilakukan di General Hospital. Beliau telah menulis surat untuk makluman pakar di GH. Kemudian aku diminta ke GH utk rawatan lanjut.
Di GH pula terpaksa menunggu berjam-jam (dah le ada pompuan receiptionis gila meroyan! Benci!!! Buat rosak nama pekerja kerajaan dengan mulut bangkai kau!).
Akhirnya sampai turn utk pemeriksaan lanjut. Doktor pakar mengesahkan perihal pembedahan gigi yang bakal aku jalani. Untuk hal itu gigi perlu di x-ray terlebih dahulu.
Bergurau apakah lagi!!?? Begitu kronik kah masalah gigi aku sehingga perlu itu ini dengan prosedur yang sungguh panjang.
Berbekalkan surat dari pakar gigi maka terpaksa pula ke unit x-ray.
Di unit ini sangat creepy kerana terlihat orang patah dan berdarah disana sini.
Tiba2 jadi pening-pening lalat sebentar.
Tunggu punya tunggu sampai jua giliran aku..
Ya! Tak sangka telah di x-ray bahagian kepala oleh adik ipar sendiri.
Mujur juga dia ada, kalau tak ntah pukul berapa aku punya proses masih tak akan selesai.
Setelah x-ray perlu pulangkan surat dan report x-ray pada unit gigi semula.
Keputusan akhir dari unit pergigian:
"kami tak pasti bila akan panggil untuk pembedahan tu...buat masa sekarang kita ada Q patient yang sangat ramai... Harap tunggu aje la ya?"
Yang pasti, gigi aku bertambah-tambah sakit dan badan sangat penat kerana terpaksa kesana-kemari tanpa ada kesudahan.

Moral : pergi klinik berbayar, sudehhh!!!

July 02, 2009

Aktiviti Perpoya Sebelah Malam

Bergambar sebelum upacara menaiki bot.

Uncle Uchu, Atok, Nenek and Aunty Chik

PowerCurryPuff Girls (^.^;)


Kakcha (membontotkan kemere), Ibu, Ayah, Adik Rayyan and Uncle Ajim



Nenek and Atok



Uncle Chu n Aunty Chik


Ibu, Ayah, Kakcha (masih membelakangkan kamere) dan Uncle Ajim


Ayah and Encem boi - Adik Rayyan



Uncle Chu, Aunty Chik, Ibu and Kakcha (separuh je muka nampak)



Uncle Ajim, Ayah, adik Rayyan and Ibu - Menara Taming Sari


Gambar aktiviti berpoya2 diambil ketika menikmati keindahan malam di Melaka Bandaraya Warisan Dunia (hoho!) malam minggu yang lepas. Giler besttt naik Melaka River Cruise ala2 menyusur sungai venice lagaknya.
(-_-;)..
Sempat lagi naik Menara Taming Sari utk menikmati pancaran lampu berwarna warni menerangi latar belakang langit yang gelap. Memang meletss!


p/s: perasan tak kali nih muka kakcha tak menonjol langsung? berjangkit sikap aunty Dilla (uncle Ajim's wife) yang tak suke bergambar. hehehe...

bye sumeee!!


June 09, 2009

Selamat 30 tahun Hawa!!!

Hello semua...superlamagiler aku tak update blog nih..sungguh bersawang macam rumah hantu (rumah hantu yg betul2 ok! bukan rumah hantu funfair tu) - *percakapan tiada kaitan*


Akhir2 ini mmg agak sibuk mengalahkan Barrack Obama (contoh tak berkenaan). 3 minggu yang sangat packed. Akhir bulan lepas adalah hari menyambut usia sendiri yang ke 30 tahun. Tak sangka aku sudah jadi wanita 30an (-_-;) .
Kedut bawah mata dan lebihan pipi labuh mula kelihatan beberapa peratus. Begitu juga beberapa tanda-tanda lanjut usia yang lain.*wajah bertukar menjadi cemas* Ahh!! tapi tak apalah, Kate Moss juga dah mula gemuk dan berkedut (kofff!!!!)


Hmm...30 ye?ok, sekarang sudah ada seorang suami (ya! perempuan tak boleh bersuami lebih dari 1), 2 orang anak, satu pekerjaan tetap, satu perniagaan kelakar, 2 buah blog, 1 myspace, 1 facebook, 1 friendster, 1 twitter dan 1 akaun gossip.
Aih!! susahnya nak menguruskan kehidupan..Aku harap pada usia ini aku akan jadi lebih terurus dan lebih serius.Berusahaaa Hawa yang hebat lagi bergetah!!!


Sekian semua, babai!
(heihei...posting ini bertujuan melepaskan batuk ditangga sbb ramai yg komplen aku malas apdet blog! muahahahha!! **ketawa sambil mencekak pinggang dan mendongak kelangit**)



Zasssss....!!!!

May 18, 2009

Sepetang di Pekan Muar

Helo semua..!
Semalam petang kami jalan-jalan ke Muar semata-mata nak menikmati Murtabak Singapore yang popiler kat situ.
Asalnya, mak buyung Najwa yang nak makan (ah! tapi dia tak kata dia nak makan, dia tuduh anak bayi dalam perut dia yg nak makan!) Jadi aku selaku bodyguard kepada dia, aku pun kena ikut sekali lah! hihihi!



Teh ais



Now yu si......













Hmpphhhh!!!!! (sila baca sambil mengembangkan hidung)




Ini ialah Mama saye.. makhluk melepek tu jangan tanya sapa...!

Berkat perempuan bunting itulah kami dapat makan makanan yg sedap ini. Sila jangan cemburu.


Abah aku...
"Pakcik! sila kaver sikit okehh?? "


and now you don't!!
(-_-;)



Well.... korang tau kenapa majlis makan-makan kali nih berjalan dengan lancar?
sebab..............






Ratu Makanan dah tertido!!! Yesssssss!!!! *muka ibu teramat puas hati*



Kalau tak aku asyik berebut makanan dengan dia aje...
(p/s : sila noted, aku bukan ibu yg zalim okeh?)



May 15, 2009

Selamat Hari Guru


hi! salam jumaat..
lama aku tak update. (-_-;)
esok 16 Mei, sambutan Hari Guru. i love my cikgu-cikgi...!

Hmm.. pagi tadi dengar topik HotChat Hot.fm pasal Hari Guru.
Dj lelaki (FbI) tanya kat Dj pompuan (Suraya kot?) berapa dan siapa cikgu yang dia masih ingat?
Suraya jawab, sorang je.. tu pun disertai dengan 'kot' ?
eh?? kesian nya cikgu2 lain.. langsung tak ingat nama.

Ok la.. alang2 dah bukak topik, aku cerita pasal cikgu2 aku plak.
Aku sekolah start umur 4 tahun yakni pada tahun 1983. Sebab mak aku cikgu tadika. Tapi aku sekolah dengan mak aku 1 tahun aje. 2 tahun lagi dengan cikgu lain.
Memula2 sekali aku skolah kat TBK Sempang - Cikgu Fuzaimah (ehem! ini ialah mama saye). Lepas tu umur 5 tahun, sekolah kat TBK Balairaya Umbai. Nama cikgu ialah Puan Rokiah Hadi. Lepas tu umur 6 tahun, sekolah pula di TBK Sek. Keb. Serkam, nama cikgu ialah Puan Rokiah Jedi (dia bukan anak Jedi Starwars okkehh!! kof!! ampun cikgu!)

Lepas tu tahun 1986 masuk darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Pulai. Nama guru kelas ialah Cikgu Mat Seh. Dia ajar subjek Bahasa Malaysia. Orangnya berwajah garang dan bersuara kuat tapi sangat baik. Keretanya sangat besar dan berketung-ketung macam kereta bajak. Kofff!!!
Masuk darjah 2, guru kelas masih cikgu lelaki. Namanya ialah cikgu Khairudin. Orangnya muda tapi suka tidur dalam kelas. Aku pernah kena lempang dengan dia sebab bawak balik kertas exam English kat rumah. Gile ahh masa tu. Dia salah tanda kertas aku. Sepatutnya aku dapat 100% tapi dia cuma tulis 60lebih aje.. bila mak aku check balik, banyak yang dia salah tanda. Mak aku tulis la nota, minta dia check semula kertas tu.. Pastu dia hot! terus dia lempang aku. hehehe.. esoknya jadi kes polis. kof! tak.. tipu je.. esoknya mak aku jumpa guru besar dan cikgu Khairudin tanya hal yang sebenar. akibatnya, cikgu Khairudin tu dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
Cikgu zaman dulu lebih beruntung sebab mak bapak tak pandai mengadu pada media. kan? kan? kan?

Masuk darjah 3, guru kelas ialah Puan Fatimah. Dia sangat lemah lembut dan baik hati. Dia ada anak yang satu kelas dengan aku. Anak lelaki beliau tersangattttttt gemuk dan suka curi minum air + makanan orang. Geram aku!!!

Darjah 4, dapat cikgu perempuan yang muda bergetah serta sangat jelita. Namanya Miss Sharmini Kulasingham. Org singh. Cantekkk wa cakap lu!!
Dia buat bisnes namecard + sticker. Alaaa..korang penah tak dulu order namecard yang cantik2 tu? Company namecard tu kat Penang. Nanti order 10keping =RM3. Zaman tu kan tengah popiler citer 2+1 yang Imuda jadi Sam tu.. bebudak kecik yang kudus dan suka meniru drama bersiri mestilah akan terpengaruh. Jadi kami ramai2 suka order namecard kat Teacher Sharmini.
Last2 guru besau dapat tau.. Teacher Sharmini kena sound + tindakan disiplin. aaih!! kesian dia. Ah! guru besau masa tu ialah Puan Sukari Hj Dasuki. Sangat garang dan ketiting orangnya.

Masuk darjah 5, guru kelas ialah Cikgu Minhat. Orangnya kacak macam pelakon tamil MGR. Dia selalu kata asalnya dulu dia ialah orang putih (english man) , tapi bila datang malaysia naik keretapi dan terkena asap keretapi dia jadi hitam sampai sekarang. aaihh! Aku ingat masa aku darjah 5, ada sorang cikgu pompuan cina yg agak berumur, namanya Mrs. Lee. Dia ajar subject English. Garang wooo!! Dia suka bela kuku panjang kaler merah. Kalau sapa degil nanti dia tayang-tayang kuku kuitek merah tu macam nak cubit kitorang. Ngerii betul aku!! (-_-;)

Darjah 6, ambik UPSR. Nama guru kelas ialah Cikgu Mohamad Zahari. Orangnya sangat lembut, bersopan santun dan berbudi bahasa. Aku suka cikgu ini. Anak dia pun satu kelas dengan aku. Anak dia kacak, putih melepak tapi debab. Anak dia baik dan sama2 tuisyen ngan aku. Darjah 6 ada sorang cikgu Matematik yg teramat garang tak hingat! nama dia cikgu Mohd. Nor. Huhhh!!! bangsa takde maappp punya kalo ko buat salah. Dia main debik aje! tapi berkat cikgu-cikgi tu sume la kami dapat result UPSR yg sangat cemerlang!

Tahun 1992, masuk tingkatan 1. Sek. Men. Keb (A) Sharifah Rodziah.
Nama guru kelas aku ialah Ustazah Ramlah. Lembut dan sopan je. Masuk form 2, guru kelas ialah........err.....aaaa....errr..... alamak! aku tak ingat. nanti aku try recall memori usang aku. aduih! sori cikgu...!
Masuk form 3, guru kelas ialah Ustazah Rokiah. Bebudak kelas aku panggil ustazah Rocky. heiheii!~

Form 4 aku tukar sekolah, pindah dekat rumah. Sek. Men. Seri Mahkota, Umbai. Aku masuk tingkatan 4 Sains 1. Nama cikgu kelas ialah Puan Salamah. Form 5 pun dengan guru kelas yang sama. Cikgu Salamah Md Sharif kurus tinggi je orangnya. Memang macam ibu2 yang baik. Kelas pun tak ramai student. jadi kami dapat belajar dengan tenang dan penuh berkeyakinan. Ohok!!
Masa sekolah menengah, aku memang bodoh tahap sampah subjek matematik + add math. Aku penah dapat result math, 4/100 sahaje. (T_T;)
Kalau add math takyah cakap laa... 0.5/100 pun penah! dapat markah jalan aje. ohok!! hina gile kan??
Tapi masa dah nak dekat SPM tu macam insaf sikit laa.. aku ambik keputusan untuk tuisyen secara sulit. yakni, belajar sorang2 je tanpa ajak sesapa. kalau ajak member mesti aku takbleh belajar. sbb? asek bersembang. aku kan peramah! *wink!*
Aku minta tolong Datin (cikgu matematik perempuan - sangat bergaya.. kami panggil dia datin), atau nama sebenarnya ialah, Puan Salmah Abu Bakar. Dia lah yang banyak membantu aku dalam matematik sampai akhirnya SPM aku dapat A2 in maths. Syukurrrrr!

Dengan result SPM, aku layak lah masuk UTM Skudai - kos BA Sci in Industrial Design. Kat sini ramai gile cikgu yang handle kami - sbb kami ialah tikus putih (pioneer kekdahnya) untuk kos ini. PA aku, En. Abdul Muta'ali Othman. Lain2 lecturer ialah En. Kamal, Dr Dzul, En. Ahmad, En. Idris, Prof. Md Dan, encik itu, encik ini.. macam2..

Huh... ramai rupanya insan2 mulia yang telah mendidik aku sehingga aku jadi seperti sekarang ini. Terima kasih yang tidak terhingga untuk anda semua. Semoga Allah membalas jasa murni anda terhadap saya.

Aku paling tak boleh lupa, hari yang paling bersejarah sekali dalam hidup aku ialah masa hari perkahwinan aku yang pertama (hoho!) yakni pada 05.03.05 (sabtu) hampir semua guru-guru yang mengajar aku dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah malah lecturer2 dari UTM, datang sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan aku. giler ah dingdong!!! macam tak caya tengok cikgu-cikgi aku. ada yang masih bergetah, ada yang dah mula uzur. Tapi apa pun, aku mmg cukup terharu sangat! terima kasih..

Cikgu.... saya sayaangggggg cikgu!!! *airmata menitis*


Bye~

May 06, 2009

Kisah Jirafah Belang-Belang

Helloo semua....!~


Korang penah nampak tak benda nih?


Ini...??
Inii...???
Apa? Penah? Tak penah? Tapi comel, kann??
hikhik!! kalau sapa biasa pgi kat pusat kraftangan mesti penah jumpa. Tapi sbb aku bukan ahlil kraftangan maka aku tak pernah jumpa.. Benda nih aku beli masa jalan-jalan kat Tesco Tebrau. Siap bawak gi office sbb nak berlagak dengan member sebelah meja.. Sekali member aku kata benda nih banyak kat tempat2 jual kraf sekitar Melaka. Aaaaihhhhh!!!
By the way...nak tau kenapa aku beli?
Ada cerita sebenarnya .. kalau korang nak tau, nih adalah salah satu permainan aku masa aku kecik dulu. Masa tu aku sekolah tadika Kemas Kg. Serkam. Umur adalah 5 tahun. Nenek aku yang belikan. tapi masa tu mainan nih dibuat daripada plastik instead of kayu macam yg aku beli nih.. tapi function n cara main dia sama yakni apabila ditekan atau ditarik dari bawah ia akan bergerak2 macam orang patah sendi. Lagi best kalau dimainkan mengikut alunan muzik (mmm!! sekarang asyik berebut main benda nih dengan azat dan kakcha..cuihh!!)
Dulu benda nih murah aje.. tak sampai 60sen harga dia. Tapi aku beli hari tu RM6.80 seekor. Cong-cong dapat RM6.00. Kat kraf Melaka tak tau berapa harga.. mungkin lebih mahal..atau lebih murah.. Bagi aku yang kedekut nih, rasa agak mahal untuk sebuah permainan yang merungsingkan orang seperti ini. Tapi sentimental value tu yg menyebabkan aku beli gak benda ni..

Sila tekan bahagian bawah tapak Encik Jirafah.




Beliau akan patah sendi...hehe..




Yaaa!! lajukan lagi...lagii..dan lagiii mengikut irama Revolusi Bunkface (-_-;)
Memang amat menyeronokkan dapat bermain permainan peribadi zaman purba bersama suami dan anak2..koff!!



Ahh!! ini bukan perbuatan aku!! ini ialah Azat yang punya kerja.. konon-konon Encik Jirafah skodeng dari celah kaki secara menonggeng sbb nak tengok hantu (merujuk kepada perbuatan aku yang bising2 kat rumah marah kakcha buat sepah).. Hoh!! Sangat bedebah hokehh!!!!





May 04, 2009

Keluarga Aneh di Timpa Demam

Halloo olls..
Baru balik dari JB. penat tak hilang lagi..
Yang lebih kasihan ialah kami ber-empat demam berirama (ya! demam secara serentak dan seiring jalan).
Mula2 kakcha yang kena. Lepas tu menjangkit kepada aku dan azat dan seterusnya kepada adik rayyan.
Malam smlm lepas maghrib konon nak dapatkan rawatan. Kami pun pergi lah klinik Azim, tup2 tutup!! Lepas tu pgi plak klinik Amal. Tutup jugakkk! tensi gua! agaknya para doktor dan jururawat disitu pun demam secara berirama juga (-_-;)..

Percutian ke Jb kali ini kurang memberangsangkan kerana terdapat beberapa masalah yg tidak terkawal.
Dah la sehari sebelum balik, aku pulun siapkan kapkek kelakar ummi si menan sampai sehari suntuk tak tidur (ya!! ini padah orang yg suka buat kerja diakhir garisan. sikap yang langsung tak berubah sejak zaman studio E06! kooofff!! *batuk laju2* ). Sudahnya, kek yang aku plan nak buat utk bawak balik JB langsung tak sempat buat.. sian family JB.. aku tak bawak balik apa2 buahtangan pun. sorry gaiss!

Sabtu aku janji dengan orang nak ambik kotak cupcakes pun tak dapat. Kan hp aku kena virus, no phone org tu pun hilang.. aihh!! Pastu nak ke CSiang pun tak kesampaian. Aku call dia kata ada bukak kedai, aku datang bley tutup pulakk! ayooo amoii! mau meniaga ka tamauu?
Cuaca hujan disatu-dua tempat pun membataskan pergerakan kami.
Nasib baik azat kata hujung bulan mei nanti balik JB balik. yey!!

Disaat menaip ini pun aku asyik 'kungkang-kungkang' batuk. Dada rasa sakit dan mata macam nak terkeluar. koff!!!

Oklah, akhirkata.. enjoiss de pics!! wasalam.



Wanita cantik ini masih bernafsu untuk makan walaupun demamnya agak teruk! Dasar pencinta makanan!! *jeling*





Clark Rayyan Kent bergaya dengan pakaian baru. Anda memang kacak! (tapi aunty ngah panggil Clerk Opis) - Bedebah sungguh!!







Ahhh ya! Sempat singgah makan roti feveret dengan kaya pandan dan secangkir kopi susu panas kat Sbread, Tesco Tebrau. Maveless hokeyy!!







sekian! tata.

April 28, 2009

Norkiah ku yang Malang

p/s: Gambar tak berkaitan ini di ketik subuh tadi sebelum pergi kerja.. tak sangka ada permandangan begini indah depan rumah sendiri. depan rumah korang ade? ade? ade?? *muka kerek*



Hello gaiss..!
Lama tak apdet.
1) Malas
2) Bizi dengan Kapkek kelakar

Ah ya.. sebenarnya tujuan menulis kali ini adalah untuk mengadu-domba tentang perangai handphone aku yang dijangkiti virus sia-sia. Tertekan sungguh aku!
Kisahnye gini, aritu aku antar sms kat kazen aku. tup2 dia reply antar MMS bergambau. Aku ingatkan gambau anak2 dia.. jadi, aku yg berfikiran kudus ini pun bukak lah attachment pada MMS tu. Sekali dah bukak, VIRUS daaaa!!
Bedebah hokayyy!!

Modus operandi virus ini adalah dengan menyamar sebagai mangsa (contoh mangsa : hawa yang teraniaya) kemudian menyebarkan virus kepada sesapa saje yg menghantar sms kepada mangsa dan akhirnya bertindak merasuk handphone tersebut. Natijahnya, segala kredit medit yang terdapat dalam handphone yg dirasuk itu akan habis dibahamnya!
Hamlauuu sungguh! *mode sentap tak abis lagi*
OK, semalam aku dah try format balik handphone. Tak yah gi kedai.. korang pun boleh buat sendiri. (lepas nih nak bisnes format handphone pun boleh.. kalo cina kedai ambik RM35.. korang ambik RM30 sudeyy! kihikihkhh!!)
Untuk phone norkiah 3230 (dan seangkatan) sila guna teknik ini:-
1) salin semua data / no.phone rerakan atau movekan sume gambau / lagu ke dalam memori kad.
2) off handphone (pastikan bateri full ya!)
3) keluarkan memori kad (simkad tak payah)
4) kemudian sila tekan secara serentak butang ini :-
asterisk ( * ) + pick up button ( gambar phone kaler HIJAU ) + button no. 3
5) tekan button power (ON/OFF) tanpa melepaskan ketiga2 button tadi ( untuk tujuan ini sila minta bantuan rakan atau boleh guna gigi kalau anda seorang yang mahir )
6) handphone norkiah anda akan auto FORMATING
7) tunggu ± 5 menet dan kemudian handphone norkiah anda akan kembali ke posisi asal seperti keluar dari kilang. Ala-ala kelahiran semula kekdahnyee..
selamat mencube!
baidewei, aku dah cuba dah berjaya. tapi silap aku bila virus nih masuk balik setelah aku dengan suka-suki copy-paste sume SIM directory ke dalam phone aku. akibatnya, si virus lahabau tu masuk balik.. Nampaknya SIMKAD aku yg sebenarnya mangsa utama. Norkiah sentappz sangat okeh! terpaksa la format balik... (-_-;) ya... memang perbuatan yang sia-sia.
Ok, last skali permintaan saye terhadap semua rakan2 taulan, adik2 kumpat, ahlil gossip negara, sedara mara, rakan2 sekerja, peminat2 i (koff!!) dan sume la yang terlibat, harap dapat kemukakan no telepon anda untuk simpanan saye pd masa depan.
Sekian terima kasih.

April 15, 2009

Ia dah tumbuh!

Dengan segala kereknya dimaklumkan, bahawa adik rayyan telah ditumbuhi gigi sulung berukuran beberapa micron.
Syabas! Anda pasti akan kelihatan lebih kacak selepas ini..




April 13, 2009

Girls Outing (-_-;)

Jumaat hari tu aku balik kerja awal. Tengok adik rayyan tengok syok tido. Siap bubuh tangan kat dahi macam masalah besau lagak gayanya. Perut lapau tapi malas nak masak. Tengok dalam tudung saji mak aku apa pun takde *sentap*. Rupanya dia dah makan kat rumah jiran aku yg buat keja kawin (rewang2 = makan free).

Last2 angkut kakcha gi JJCM sambil membeli belah barang untuk kapkek kelakar. Pgi Tesco jek! Beli barang itu ini, terus gerak gi food court. On de wei ke fukot, lalu sebelah kedai sekret resepi. Kakcha terus membuat tindakan reflek dengan menerjunkan diri dari troli yg aku usung tu sebab nampak kek Ben10. BERGURAU APA!??? Reaksi keterlaluan dari seorang kanak-kanak yang aneh. Tau la pencinta makanan!! tapi janganlah membahayakan diri sendiri dan orang lain. aaaihh!! Aku tak tau dia nih ikut genetik siapa...*menjeling.

Muka konon tak bersalah setelah berjaya mengopakkan duit ibu




Kek mini Chocolate Caramel Ben10 yang sumpah sedap!! Ini la punca segala kekalutan...



Muka kenyang menyamar Stacy Terlebey sudaa! *sendiri merasa tertekan dengan karenah makhluk ini*


Nasihat untuk adik-adik yang sedang hamil atau bakal hamil :-

1) TOLONG JANGAN TENGOK GAMBAR MAKANAN TERLALU BANYAK SEMASA HAMIL

2) ELAKKAN MENONTON ATAU MEMBACA BAHAN YANG SIA-SIA (CONTOH DIK CERDAS / CRAYON SHIN CHAN) KERANA DIKHUATIRI AKAN BERJANGKIT PERANGAI SI BEDEBAH KECIK ITU. (Nota Penting : Maksud BEDEBAH KECIK ialah Nohara Shin Chan yang berperangai aneh ya..! Sila maklum..)

3) JANGAN MELAKUKAN PERKARA YANG MERUNGSINGKAN ORANG LAIN

4) HINDARI RAKAN YANG SIA-SIA KERANA DIKHUATIRI AKAN TERKENAN (menjeling semua orang aneh)

hohoho ! bye sume!!