December 31, 2009

RESULT - My Lovely Baby With Pacifier Contest




BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM....


Sebenarnya aku pula yg berdebau2 dari tengahari semalam untuk mengumumkan result My Lovely Baby with Pacifier Contest ni..

Serius shit (kanak-kanak tak boleh baca ini!!) mmg susah gile nak pilih pemenang. Dah la aku nih mmg ada kecintaan terhadap anak-anak bayi. Semua comel sangat-sangat sampai tahap boleh kena migrain sbb tak tau nak pilih pemenang.. (-_-;)

Walaubagaimana pun, setelah melalui beberapa proses (email gambar2 peserta kepada rakan2 ofis, rakan2 sepengumpatan, rakan2 sekolah, jiran-jiran sekampung dan sebagainya...)
maka seorang pemenang utama telah dipilih berdasarkan kriteria yg telah ditetapkan iaitu :-
1) Gambar yg cantik - yakni terang & jelas
2) Aksi baby ber-pacifier yang menarik (pacifier biasa pun tak kesah..janji baby vogue okeyy?)


SIAPAKAH SI CILIK ITU??





Hasil undian dari juri-juri yang dilantik khas, dengan ini saya secara rasminya menuduh (sebenarnya nak berkata mengisytiharkan..) koff!!


PEMENANG MY LOVELY BABY WITH PACIFIER CONTEST ADALAH :



CIK NUR AUFA NADRAH SHARIFF.


Tahniah ya!


Berikutnya ialah PEMENANG HADIAH KHAS JURI - PESERTA PALING LAMEL (LAWAK+COMEL). Pemenang bakal menerima hadiah dari pihak penganjur berupa Soft toy yang sangat comel. Beliau adalah :


ADIK MUHAMMAD RAYYAN DARWISH.

(weh..sumpah gambau nih paling takbleh blah skali... sekali dengan piring-piring pun masuk mulut abang askar nih.. hahaha!!)


OK, untuk makluman semua... pada mula nya kan aku bercadang nak bagi 4 orang pemenang hadiah saguhati. Betul tak?? TAPI MAAF !!!! Aku terpaksa memungkiri janji.......



Sakit kepala nak pilih pemenang.. Perasaan aku berbolak balik ketika menatap satu persatu gambar anak-anak bayi ini. Memula nak pilih dia, pastu terasa macam bayi yang ini memandang aku dengan pandangan sayu sambil berkata "sampai hati aunty tak pilih saye... "


aaaiiihhhhhh... (-_-;)
baru aku faham bagaimana perasaan seorang doktor (perasaan yang tak berkaitan)

Oleh yang demikian..

Saya dengan ini, mengumumkan bahawa.... semua yang masuk entry kali ini akan menerima saguhati! OK tak??
Tapi hadiah tu tak lah semeriah hadiah saguhati asal (harus bangkrap mak nokss..!!)


Apapun, aku sangat berharap semua orang berpuas hati dan enjoy dengan penyertaan anda.


Ok babies..... cepat kiss aunty hawa!
For all mommies (ah!! yg masuk contest je...!!) sila emailkan kepada : snhawa@teac.com.my
a) Link entry anda
2) Alamat untuk penghantaran santau. Ah tak! maksut aku... penghantaran hadiah.


till then... Tata!! :)

December 30, 2009

My Lovely Baby With Pacifier Contest Closed

BISMILLAHIR RAHMAN NIR RAHIM..

PAP-PALA-PALAAAAAAAAA!!~~ *sound efek bunyi trompet*


Saya dengan ini secara rasminya menutup contest :
MY LOVELY BABY WITH PACIFIER CONTEST

so, jangan lupa singgah sini untuk mengetahui adakah anak bayi anda adalah pemenang bertuah? tungguu...!~~~


December 28, 2009

Ini adalah Neo

Perkenalkan.. ini adalah Neo - seekor anak kucing yang dibela oleh aunty ngah. Getik okeh bagi nama Neo! aku panggil kucing nih Hasan je... tak kuasa mak! :P


Ok.. seperti yang korang sedia maklum, Azat mmg geli dengan haiwan berbulu seperti tikus, kucing, arnab (err..semua lahh). Genetik ini sedikit sebanyak telah diwarisi oleh anak dara aku yg gemuk tu iaitu Kakcha. Sebelum nih mmg aku tak pernah bagi kesempatan pada dia untuk beramah mesra pun dengan makhluk yang suka bergaya keterlaluan ketika berjalan itu..


Cuma baru-baru nih je aku berkesempatan berkenalan dengan benda ni ketika bertandang ke rumah Najwa (adik saye merangkap aunty Ngah kepada kakcha dan adik rayyan). Aku pun pelik kenapa Najwa tergamak bela kucing sedangkan selama nih kami adik beradik mmg tak mesra dengan kucing.. Ah!! Rupanya hasben dia mmg pencinta haiwan. (-_-;)


First time kakcha dapat pegang kucing. Memula aku bajet dia akan menangis. Rupanya tak!! (perasaan kagum tak tentu hala).

Ok la.. enjois de pics..



Neo @ Hasan Mustar


I like... mmg aksi melambai ini adalah satu percubaan mencomelkan diri yg berjaya..


Kakcha terkejut sbb dengar lori yang jerit "TILAM!! TILAMMM!!!!"


Setelah keadaan kembali tenang, baru gigih posing - senyuman pun pelik. tak penah aku tengok dia kontrol senyum macam nih.. eeiih...


berani sangat kekdahnyer sampai tergamak gesel pipi segala... koserr okeyy!

oklah... bye!

Update: Contestant - My Lovely Baby With Pacifier Contest

Salam...
ok, ini adalah senarai nama & link peserta utk My Lovely Baby With Pacifier Contest.
ada 2.5 hari lagi to go before saye mengumumkan nama pemenang..
so, pada sesapa yg tak cukup syarat atau namanya tak tersenarai kat sini sila tampil membuat pengakuan bertulis (-_-;)




++++++++++++++++++++++++++++++++


aenareal:
http://aenareal.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

LisaVsKhusairi:
http://erynaraisya.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

NurShahFamily:
http://nurshahfamily.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

unlisted_one:
http://unlistedone.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

mama:
http://myfamily-diaries.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

Aishah Megahasz:
http://aishah-megahasz.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

Nurul + Nordin:
http://noiya.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

farahazmin
http://farahazmin.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

bukhairiah
http://bukhairiah.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

oYa
http://slamzer.blogspot.com/2009/11/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

^^FASHAH^^
http://fashah-beautifulgirl.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

june
http://mama-emylia.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

Eyna Shariff
http://eynashariff.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

zai kulim
http://zaikulim.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier.html

EJAN MAPET
http://ejanmapet.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

ekin
http://mutiarazahraa.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

idafamily
http://faiz-afaf.blogspot.com/

eleven9119
http://eleven9119.blogspot.com/

Lara
http://lararifqi.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

LYaFRINA
http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

seiza
http://sheiladbombkiosk.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

~~@lyci@~~
http://myalycia.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html


ummi-hanie
http://ummi-hanie.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html



Mama-Danish&Sarah
http://mama-danishsarah.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html


zAnNa@mAMaBaTriCE
http://mezanna08.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html


::Mamalyna::
http://zanmyly.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html


aLoNg@Na
http://wannapunyerblog.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html


Mr and Mrs Faez
http://mrsfaez.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html


iem
http://faiqnaufal.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

My Little Princess
http://permatabonda08.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

Farra Dhelina
http://fdhelina.blogspot.com/2009/12/my-lovely-baby-with-pacifier-contest.html

December 27, 2009

My Lovely Baby With Pacifier Contest

NEW UPDATE : TARIKH TUTUP PENYERTAAN DITUKAR KEPADA 30 DECEMBER 2009 (RABU DEPAN) dan NAMA PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 31 DECEMBER 2009.
Sorry terpaksa tukar sbb 1st January cuti, nak gi berfoya2 jadi takut tak sempat keluarkan nama pemenang :)





Bismillahirahmannir rahim...


ok, ini adalah kali pertama saya mengadakan contest/give-away untuk semua ibu2, mummy2, mama2, ummi2 & emak2 out there!


Tajuk contest ini adalah : My Lovely Baby with Pacifier Contest.


haaa...jangan terkejut tengok poster contest tu okey? Mulut kakcha bukan kena sengat lebah atau disuntik botok ... itu pacifier semata-mata. hehei!~



ok, syarat penyertaan:


1) Terbuka kepada baby berumur 0 ~ 4 tahun.


2) Sediakan 1 entry mengenai contest ini dengan meletakkan gambar baby anda sedang beraksi dengan pacifier/puting kopek kesukaannya. Masukkan juga poster diatas dalam entry tersebut dan linkkan kepada posting ini.


3) Boleh letak seberapa banyak gambar dengan syarat setiap pacifier yg terdapat dalam gambar-gambar tersebut mestilah berlainan jenis/corak. Jika menggunakan pacifier yg sama, 1 keping gambar sudah memadai.


4) Pemenang dinilai melalui gambar yang cantik, aksi baby ber-pacifier yang menarik (pacifier biasa pun tak kesah..janji baby vogue okeyy?)


5) Nyatakan Nama, Umur dan Tarikh lahir peserta (baby)


6) Letakkan poster contest dan link kan blog penganjur *Open Till Midnite...* serta penaja contest yakni MamaJiwaTulip pada sidebar anda.


7) Hadiah utama:


i- Floral Lunch Box Set Avon




ii- NUBY My Hot Safe Spoon (2pcs)






iii- Japlo Glow in the Dark Pacifier


Hadiah sampingan, pemenang utama akan menerima 1 box Lissa & Rayyan Homemade Chocolate -or- 1 box Lissa & Rayyan Cupcakes with edible image of winner's picture!

DAN :
~** BERITA BAIK...!! Kita ada MamaJiwaTulip in da House yang sudi menjadi penaja hadiah!! Yeyyy!!~ Hadiah bertambah untuk pemenang :D **~


(apakah hadiahnya?? kita tungguuuuu!!~)


4 lagi hadiah saguhati:-


Cupcakes/Pacifier Felt Keychain , Court Angels accesories & Diskaun voucher 25% on any item at Lissa & Rayyan - My Little Cupcakes.


NOTE: Penganjur & Penaja berhak menukar hadiah yang tertera dengan hadiah lain yang sama nilai dan sepadan kualiti. Harap maklum.

(sesiapa berminat nak jadi penaja boleh pop me okeh?)


8) Tarikh tutup penyertaan : 31 Disember 2009 - Jam 12.00 tengahari. (CHANGED TO 30 Disember 2009)
result : 1 Januari 2010 (CHANGED TO 31 Disember 2009)

9) Tinggalkan link entry anda dalam ruangan comment.


Ok guys...! Good Luck!! ;)





Lissa & Rayyan ~ My Little Cupcakes

December 21, 2009

Si Kacak Yang Boleh Diharap..






hai olls..!~
Weekend lalu adalah weekend yg seronok sebab hujan di tengah bulan. Jadi, tak perlu rasa gelisah tak dapat keluar rumah untuk menghabiskan masa dengan aktiviti sia-sia. Cuma perlu khemah, selimut dan toto untuk bergolek-golek dalam rumah dengan anak2. heihei!~
Ok, dah lama tak cerita pasal adik Rayyan. Disini aku apdet serba sedikit perkembangan terbaru beliau. Untuk makluman gadis2 cilik diluar sana, anak bujang aunty sekarang sudah berusia 1 tahun 2 bulan setengah. Dan pada umur ini, ada beberapa perkara asas yang boleh dilaksanakan oleh beliau tanpa banyak membantah.


Antara perkara tersebut adalah,
1) "Rayyan, tolong ambikkan handphone ibu!"
2) "Rayyan tolong tutup pintu"
3) "Rayyan ambikkan ibu remote Astro"
4) "Rayyan cepat tidur!!!" (bila aku cakap camni, nanti dia tengah memanjat katil pun boleh tiba-tiba tak bergerak dan terus lelapkan mata. perangai ini sangat menjengkelkan!!)
5) "Rayyan gi buang sampah" (sampah = pampers kotor)



Aku sangat gembira dengan perkembangan ini. Azat kata aku cuma merasa suka kerana dapat memperguna-gunakan anak untuk kepentingan diri sendiri! (ahh! dah bocor rahsia aku)



Aku ingat lepas nih nak ajar dia beberapa perkara lain seperti,
" Rayyan, masakkan ibu nasi goreng.. bubuh telur mata goyang punye !!' atau "Rayyan tolong kemas katil ibu" atau "Rayyan, nescafe tarik satuuuu!!!"


koff!! (-_-;)


bye~~

December 20, 2009

Notti-Face GiveAway

heihei..!~ ok, next contest..!


Ini ada Giveaway dari Mama Adwan Encem iaitu Notti-Face Giveaway by AdwanEncem



Sila klik SINI untuk menyertai giveaway nih okey?


okey Mama, ini adalah pose wakil dari blog saya..



NAMA ANAK : MUHAMMAD RAYYAN B. AZAT
IBU/BAPA : SITI NUR HAWA & AZAT
TARIKH LAHIR : 24 SEPTEMBER 2008
UMUR SEKARANG : 1 TAHUN 3 BULAN

Okey.... gambar ini di ketik dalam kereta on de way balik ke JB. Ekceli masa nih adik Rayyan tengah syok nyonyot pacifier dia tapi ibu sengaja tarik sebab nak ketik gambau dia. Agaknya dia bengang sbb kena kacau lalu elok time ibu snap dia tarik muka notti cenggini..
chaitt!!~ protess la tuhh! :P
ok sume, bye~

December 16, 2009

Sepetang Berlibur



Weekend hari tu bawak kak cha gi farewell-lunch opis ex office mate aku (Ally - chinese girl tuh).
Tak ajak ramai pun, geng2 rapat je. Tu pun dah cukup kecoh bila ada sorang makhluk tambahan yg tak sama ketinggian dengan peserta lain *jeling kak cha*
ternyata...... makhluk tu lah yang paling kecoh sekali sepanjang upacara berlangsung. eih!
so gaiss... enjoiss de pics.



aktiviti makan berlangsung di Simply Fish Melaka Raya. dari kiri : Mr. Saffah, ibu, kakcha, Mr.Zhafran, Ms. Ally, Mrs-to-be Nabila, Ms.Nani.


3 kaki senyum - KakCha, Abg Zap & Kakak Sally (Sally??!!)


raw oyster - masa makan rasa macam tetiram itu bergerak2 dari tekak menuju ke perut
(-_-;)



2 gadis cantik... Ibu n KakCha (koff!!!)


ibu : kenapa icha senyum??

kakcha : mesti lahh.. icha kan nak pgi kalokey!!



kakcha : kenapa ibu tenyum?
ibu : mestilahh.... ayah kan takde kat sini!! yiiihaa!!~~
kak nani : sukati korang dua beranak lahhh! blog korang... :P


cantik? view dari dalam GoGoKTV - Jetty Melaka



view dari dalam lagi... satu2nya tempat karaoke paling cantik pernah aku pergi. err... memang lah..nih baru 1st time g karaoke kan??





Nama saya Yang No Alicha binti Ajat... saya suke lagu Mila..




Ally : Cingg congg cing congg mama aaaa...
kakcha : taknak lagu nih! Icha nak lagu Mila.... "Mila in de haussssss!!~~~"
ibu: bergurau apa!? (-..-;)



mana aku? macam biasa... juru gambar jer... :P


pasangan sehati berdansa, kakcha & abg zap


kakcha : "pucing ahhh laju-laju.. !!"
abg zap : "err...pinggang abg zap dah patah nih ica oiii..."



kakcha : "kakak sally angkat la i pulak!"
ally : "i pakai short.. tak boleh bongkok nanti abg zap nampak punggung i..!"
(-_-;)

kakcha : huh!! icha balik dulu lahhh!!
(protes!!)
ok bye semua!!

December 15, 2009

Ibu Hadif Giveaway - Anugerah Terindah

hi semua.. ok, contest lagi.. ngeeee!~

Kali nih di anjurkan oleh Ibu Hadif.. tajuk contestnya adalah IBU HADIF GIVEAWAY - ANUGERAH TERINDAH..




Meh tengok syarat² nye...

1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja. - DONE
2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda. - DONE
3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.4. Tiada had umur anak. Semua boleh join. - DONE
5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang. - DONE
6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh... - DONE
7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet. - DONE
8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified) - DONE
9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini. - DONE
10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri. - okeh..i setujuuu!~ :D


Okey puan penganjur.. ini lah anugerah terindah pertama saya...

Nama : Yang Nuralissa bte Azat
Umur sekarang : 4 tahun 19 hari
Umur dalam gambar : 7 jam selepas dilahirkan - disahkan menghidap jaundice.


Pengalaman pertama melahirkan anak mmg sukar digambarkan dalam tulisan mahupun dengan kata2.. Hanya insan yang pernah melahirkan saja dapat merasakannya..
Pertama kali menatap wajah anak gadis sendiri, hanya Allah saja yang mengetahui.. Gembira dan terharu tak terkata. 7 jam selepas dilahirkan doktor mengesahkan Lissa menghidap jaundice. Sedih..... Terus rasa macam ibu yang gagal.. Sebab dari cakap-cakap yang kedengaran ditelinga aku mengatakan punca permakanan ibu semasa hamil menyebabkan baby terkena jaundice.
Tambah sedih sangat bila tengok baby Lissa tergolek2 dalam incubator tanpa alas dengan ber-dypers semata2.. menitik airmata aku dibuatnya..
Alhamdulillah jaundice Lissa cepat sembuh dan dia membesar jadi baby yang sihat dan jelita..
(-_-;)

Kepada Yang Nuralissa, ibu sandarkan harapan setinggi gunung kepada awak untuk menjadi contoh yang terbaik kepada adik-adik. Terima kasih kerana selalu buat ibu tersenyum..
Lissa...ibu sayanggggg awak!


p/s: cerita detail pasal peristiwa bersalin nih boleh baca kat sini

Adakah Jusco akan berhantu kelak?

Semalam lepas lunch kecoh 1 opis pasal Jusco baru yg bakal dirasmikan Khamis nih meletup. Dengarnya punca adalah dari tong gas meletup. Kejadian tu jugak menyebabkan sorang terbunuh & beberapa orang lagi cedera parah.

huhhhhh.... seriau aku dengar.

kitorang baru jek plan nak berpoya2 ke sana khamis nih. Jusco tu mmg dekat sangat dengan opis aku, ala2 sekangkang kera aje..

Smlm tengok laporan kat buletin TV3, nampak rosak agak teruk dan mungkin tak jadi rasmi la kot khamis ni? hmm.....

Kalo kita org Islam nih mmg kate Qada & Qadar lah kan... tapi ada sesetengah opismet aku yg non muslim kata, suwey lah, pastu ada setengah japanese kat sini cakap bangunan baru mmg kena korban darah. Choiiii!!!! Mulut korang lagi suweiii okeh!?

Apa2 pun.... Takziah pada keluarga mangsa.

Tiba2 aku terfikir...... agak2 Jusco nih berhantu tak nanti? (-_-;)


++++++++++++++++++++++++++++

kredit : Utusan Online & blogger Dahliaa



Seorang maut pusat beli-belah meletup


MELAKA 14 Dis. - Seorang mati manakala 20 lagi cedera termasuk enam parah dan enam separa kritikal apabila bahagian medan selera di tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di Jalan Panglima Awang, di sini tiba-tiba meletup, dipercayai akibat kebocoran gas.
Ketika kejadian kira-kira pukul 1 petang, kesemua mangsa dikatakan sedang melakukan persiapan terakhir di premis tersebut sebelum pusat beli-belah terbesar di Malaysia itu, dibuka Khamis ini.
Mangsa yang maut ialah penyelia sebuah restoran, Tiau See Peing, 25.
Tiga lagi yang separa kritikal antaranya adalah Mohd. Tarmizi Jaafar, 23, Lai Soon Wee, 32 dan Ooi Kok On, 33.
Mangsa yang lain antaranya adalah lima lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, seorang wanita Myanmar dan sembilan warga tempatan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R. Ezhumalai berkata, siasatan awal mendapati letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas petroleum cecair (LPG) di salah sebuah restoran di medan selera tersebut.
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan mengenai letupan di tempat letak kereta pada pukul 12.59 tengah hari dan tiba di tempat kejadian lima minit selepas itu.
"Sejurus sampai, bomba melihat dua mangsa berada di luar bangunan diikuti dua lagi mangsa sedang dibawa keluar oleh beberapa pekerja.
"Pihak bomba terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat, apabila dimaklumkan masih ada dua lagi mangsa terperangkap," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Menurut beliau, pihaknya kemudian menemui dua mangsa di bawah runtuhan siling termasuk seorang daripadanya maut dipercayai terkena serpihan kaca di lehernya.
Ezhumalai berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih ramai mangsa cedera dalam kejadian itu dan masih menunggu laporan jumlah sebenar terlibat.
"Punca kejadian juga masih dalam siasatan tetapi difahamkan sebelum kejadian kontraktor di situ sedang membuat ujian LPG.
"Setakat ini, hanya kawasan letupan iaitu medan selera di bahagian bawah sahaja musnah manakala tingkat satu dan dua tidak terjejas," katanya.
Ditanya adakah bangunan tiga tingkat itu selamat digunakan kepada orang ramai Khamis ini, beliau enggan mengulas.

December 14, 2009

Siput Belitong / Siput Sedut





1st time siang benda nih.. sangat scary. Aku tak suke menguruskan makanan yang bergerak!

bye! (entry bedebah sbb update secara tak ikhlas)

(-_-;)

December 08, 2009

Contest Ceria Si Ayah Bersama Anak



Heheii!!~ Contest lagi.... ;)
Kali ini contest Ceria Si Ayah Bersama Anak by Fasha. Ohh!! Aku suka tajuk ini sebab akhirnya dapat memasukkan kedua-dua orang aneh dalam rumah aku dalam satu kontest yg sama! Yess!!


Syarat2 :

1. Wajib menjadi follower Fasha dan sposor Pu3zdini (kalo salah sorang dikira tak lengkap ok..) - DONE
2. Add link Fasha ke dlm bloglist anda - DONE
3. Semestinya MENEPEK banner di sidebar blog kesayangan anda. Banner tersebut hendaklah di link dengan link ini. - DONE
4. Sesiapa yg nak join nie kenalah ada blog..klu x mcm mana nak nilai nanti..- DONE..ya! ya!
5. Umur anak mestilah dari dah pandai senyum hingga 12 tahun..- DONE (Kakcha is 4yrs old)




Ayah : AZAT
Anak perempuan kesayangannye : KAK CHA
Ok puan penganjur, inilah 2 orang wakil dari blog saya. Kakcha nih ada kegemaran terhadap aktiviti menampal. Pantang nampak stiker dia akan tampal dalam buku/ drawing block yang ibu beli untuk dia. Sampailah satu tahap dimana tiada lagi ruang untuk menampal, maka ayah yang berdahi licin itu pun menjadi mangsa. Lepas buat masterpiece tu, siap plak suh ibu tolong ketikkan gambar ala-ala fesyen desainer bergambau dengan model sendiri. (-_-;)
OK, itu saje ;D

December 07, 2009

Baked Cheese Mussel

Fresh Big Fat Juicy Mussel Melake





Sebelum bakau



Selepas bakau.




Sedia di baham...!~ Yummmey!




Share lagi resepi. sapa yg dok tepi laut tu boleh gi cari kupang balik nih karang..
smlm aku beli sekilo lokan & sekilo kupang. rebus sekejap agak2 kulit terbukak dan buat resepi ni :-


Baked Cheesy Mussel

1 kilo Lokan/ Kupang.
2-3 batang serai di titik (atau 1/2 biji perahan lemon)
1 biji tomato potong dadu.
5 sudu rempah bolognese Maggi.
sedikit air panas - untuk bancuh rempah bolognese - jangan cair sangat ye
cheese (any kind) - aku guna sliced cheese sudehh...
sedikit serbuk cili/black pepper.

Cara:

Bersihkan Lokan/Kupang. Masukkan dalam periuk bertutup bersama serai atau jus lemon. Tujuannya adalah utk menghilangkan bau hanyir.

Bila kulit lokan/kupang dah terbuka. tutupkan api.

Kopekkan sebelah kulit. Pada kulit yang terdapat isi tu, letakkan tomato dan bancuhan rempah bolognese. --> gunakan kulit lokan sebab besar dan boleh menampung banyak isi + sos.. biasanya wanita rakus macam aku akan letak 4-5 ketul isi kupang dalam 1 kulit. (-_-;)

letakkan tomato & sedikit sos bolognese. taburkan cheese dan serbuk cili.

bakar pada suhu 200°c selama 15 min atau hingga cheese melt.

sedia utk dihidang . selamat mencuba


p/s : Aku buat 2 version. 1 ada sos, satu baked kosong jer.. Azat kata yang baked kosong with cheese lebih sedap and asli.... terasa diri sendiri macam putera duyung sbb ada aroma laut dalam makanan (suami yg aneh!!)


December 01, 2009

Tandori Chiken Seri Kelakar




Rasa nak update tapi macam malas-malas. Lapar..

jadi, aku ambil keputusan untuk berkongsi resepi masakan yang serius tapi dimasak secara kelakar. Maksud saya, perempuan2 malas macam Zati & Henry mahupun Maini juga boleh buat.. koff!!~



Tandori Chicken Kelakar.


1 mangkuk Kepak ayam / Drummet

1 senduk cili boh

1 cawan yougurt asli

1 biji bawang merah - blend

1 ulas bawang putih - blend

1 cm halia parut

1 sudu jintan

1 sudu makan madu

1 sudu teh garam



Cara Memasak.

Basuh ayam bersih2, campurkan semua bahan dan perap selama sekurang2nya 1 jam.
Kemudian boleh bakar atau goreng.
Perah limau nipis untuk penambah selera. Sedap dimakan dengan roti atau nasi. Ikut perangai aku ratah begitu sahaja pun boleh.

Sekian.