May 07, 2010
Selamat Ulang Tahun ke 6, Pertmuffin!
Syukur alhamdulillah, kini blog aku telah pun berusia 6 tahun. Dah sekolah tadika dah pun. Kira kalo dia hidup, lebih kurang senior kelas kak cha lah. (-_-;)
Ok, ada perubahan tak? (sila pandang keliling blog)
Nampaknya.............................warna je bertukar makin suram.
Wahahahahha! Memang tak boleh blah!! :D
Nampak sangat aku nih pemalas.
Actually aku dah try dah buat macam yg dicadangkan oleh para pencadang dalam posting lepas... tapi semuanya aku dah gagal.. Download templete punya lah lama sampai tahap aku pengsan sedar balik pengsan balik pun tak habis lagi... aaiiih.!~
Akhirnya aku ambik keputusan, ubah warna bekgraun secara manual sudahlah..!
Gadget2 lain aku akan tambah secara berperingkat.. insyallah.
Ok, so...ada pemenang tak? Nampaknya, aku lah pemenang sbb ikut kepala kotak aku sendiri. Koff!
Walaubagaimana pun, sempena birthday blog kali ini, aku dengan rendah hati dan ikhlas nak berikan sedikit buah tangan kepada semua yg sudi menempek komen kat posting lepas.. So, kepada nama2 dibawah ini, sila emailkan kepada aku alamat rumah kamu untuk proses menabur budi. hehei!~
email saya : strychnine98@yahoo.com
1) Cik BUNGA
2) ~ mima ~
3) Ticer Umie
4) tiQ Florence
5) Drama Mama
6) Nurul Balqis
7) Wan Botaq
8) AYU IDRIS
9) ..............................(malas betul aku nak tulis nama orang ini...*menjeling*) koff!!
Kepada kawan2 diatas, sila jangan expect anda akan menerima sebuah kenderaan pacuan 4 roda tauuu!! Sebab aku hanyalah insan biasa.. Kalau ada pun, baik aku yg pakai sendiri kenderaan tersebut. khannnnnn!!??~
OK, terima kasih ya sbb sudi bagi idea dan buah fikiran bernas.. Insyallah satu hari yang mulia kelak aku akan ubah sedikit demi sedikit.
Tu je.. Tata!
p/s: Azat dah bagi hadiah birthday walaupun birthday sebenar aku lebih kurang 3 minggu lagi. Suka sangat! Nanti la cerita kendian.. :)
May 03, 2010
Pre-Love Relic by Fossil to Let Go
Hello gay! (sebenarnya nak menulis guys) koff!!!
ok, sebelum kerja2 menaiktaraf blog dilaksanakan, aku ada satu pengumuman untuk dibuat.
Kepada sesiapa yg berminat untuk beli handbag nih, sila maklumkan kepada aku ya.
Ini adalah barangan asli - aku beli terus dari US (via ronastore), harga nya adalah RM199... serius mmg adalah sangat cantik giler i tell yu! Aku order beg nih dalam bulan 11, dapat kat tangan dalam pertengahan bulan disember. Sehingga sekarang baru 2 kali je pakai. Secara jujurnya handbag ini masih berada dalam keadaan sangat baik dan tip top (kecuali tag Relic tu la aku dah tanggal kan.. gile kauu nak suh aku bersiar2 bawak handbag siap dengan tag segala..!)
(-_-;)
Kenapa aku nak jual?
Ok, biar aku terangkan.. seperti yang anda sedia maklum, saya adalah seorang wanita yang sangat gopoh gapah, berjalan terlalu pantas dan berperangai langsung tidak bidadari.. jadi, mmg adalah sangat tidak cocok memakai handbag seperti ini..
Ketika memakai handbag ini, aku ada satu perasaan bongkak sbb bawak beg oversea (bongkak tak tentu hala, padahal sape pun tak tau ko beli beg tu kat mana! kikikihhh!!) Ok, satu lagi, bila dah pakai beg nih, aku telah menjadi diri orang lain.. sebab apa? sebabnya, aku tak boleh buas dan lasak2. Ye la... orang kelam kabut macam aku nih kan semuanye buat keja ntah nak cepat aje... bila dah pegang handbag nih aku terpaksa mengawal diri dan pergerakan agar handbag nih tak tercedera atau rosak. So, perkara ini telah menyumbang kearah kelambatan pergerakan aku. Tak apalah...Demi keselamatan handbag nih, aku rela berkorban *blushing* hikhik!
Tak perlulah aku bersyarah lebih panjang..
Ok, kalau ada sesapa berminat nak take over handbag ini, boleh sms/email direct kat aku:
snhawa@teac.com.my
Harga yang aku tawarkan adalah : RM169 (including postage) - korang jimat Rm30.
Kalau taknak pakai untuk diri sendiri, boleh belikan untuk hadiahkan kepada ibu masing2 sempena Mother's Day :)
terima kasih.
info mengenai handbag nih boleh refer kat sini:
April 26, 2010
Birthday Ke-6 Tahun.. Tak lama lagi!
Tadi baru aku perasan tarikh lahir blog Pertmuffin - Open Till Midnite : since May 2004.
Tak lama je lagi, genap usia blog ini 6 tahun.
Kalau tengok reputasi dan blog aku nih, mmg la sangat kasihan.
Dah la pucat lesi.. kerap bersawang... ada labah2 dan banyak makhluk aneh.. aih...
Kalau setakat kena komplen dengan unknown blogger mengenai layout dan backgroud blog nih, usah cakap le... dah berbuih mulut diorang.... hik! (jahat okehhh nak komplen aku tapi tak bagitau nama!)
Tengok blog rakan2 yang lain, walaupun baru setahun jagung, tapi sangat meriah dan berwarna warni.. *cemburu buta*
Ahh! Aku mesti buat sesuatu!!!
Ekceli bukan taknak masukkan background apa kejadah sume tu.... tapi pc aku sebelum nih... superkuno tahap ko nak donlod lagu pun makan 7-8 jam... siap hang lagi!! takde maknanye aku letak bekgraund segala bagai kalo lepas tu dia asyik hang aje. kannnnnnnnn???
Sebab tu la aku belasah bekgroun putih aje..
Aku nih nama jek keja kilang kompiter tapi diri sendiri pun pakai Celeron zaman batu *nangis laju2*
Sekarang dah ok... heeee.... Azat dah bli laptop baru & strimik pun dah ada kat rumah..
Jadi aku bercadang utk menaiktaraf blog ini sebelum hari jadinya yg ke 6 tahun.
Masalahnya, aku tak tau cemana nak cari background yg mantap2 tu sume..?
Jadi, aku beri peluang pada sesapa je yg baca entry nih, sila beri cadangan dan idea2 bernas.
Cadangan yang terbaik akan diabadikan dalam blog ini...dan akan menerima hadiah misteri dari aku kelak..
Terima kasih :)
April 23, 2010
Sampai Hati Nenek!!!
Elok diorang sampai rumah aje, kakcha masuk bilik salam aku. Wah, siap bersanggul perempuan ini.. I like..!! Nampak kemas.. Dia selalu ikat je rambut...nampak messy.
Lepas kiss dia, terus aku cari adik rayyan. Masa tu dia membelakangkan aku... Aku panggil dia, dia toleh.. Sekali............ tengok muka dia yg pelik tu terus aku rasa nak nangis.
Rambut anak aku.........!!!!!!!
Aku tanya kakcha sapa buat? Dia kata nenek yg potong. Tapi adik rayyan joget2 sbb tu senget.. aaihh... (T_T;)
Aku baru je cadang nak buatkan ala korean-hairstyle (koff!!) utk adik rayyan... Sekarang suda surupa itu Abu Bakar Elah..
April 21, 2010
Edisi sila Menangis
Tengok gambar nih cukup laaaa menerangkan bagaimana kesannya kalau membiarkan anak tanpa pengawasan kurang dari 1 minit...!!
Aku baru nak marah kakcha, tetiba dia cakap "Ibu jangan marah icha sbb icha dah tolong marah adik rayyan. Dia yg sepahkan.."
aku tengok muka rayyan.... dia terus buat2 tak kenal aku !
Aaaaaiihhhhh!!! *nangis laju-laju*
..................penatnyaaa..................!!!!!!
moral : jangan letak suratkhabar merata2
April 19, 2010
Mesti belajar Mengira! Mesti!!

Hello olls..!~
Hari nih aku nak share citer pasal MATEMATIK. Korang minat tak subject matematik / ilmu hisab / pengiraan ape sume tu lah..????
Aku tak...! sumpah tak..!! Nak2 matematik tambahan.Dah la dapat cikgu botak dan langsung tak kacak serta suka ketawa seorang diri.. Apa dia cakap sepatah haram aku tak masuk otak. Memang misteri.
Tak tau la kenapa... tapi mostly dari cikgu sampai ke lecturer yg ajar aku Math semuanya mempunyai kriteria yg hampir sama. Biasa time skola dulu aku dapat add Maths 4/100 atau 2.5/100. ya! ya! aku tau..mmg markah yg sangat hina. Kalau dapat 40/100 tu aku mmg siap2 frame dah kertas exam tu dan tampal kat papan kenyataan kelas!
Aku cuma belajar betul2 math & add maths masa nak SPM sebenar aje. Sangat bertungkus lumus tahap tak ingat benda lain dah... Alhamdulillah dapat result cemerlang *muka kerek* dalam Math dan lulus Add Maths. Jadik laaa..kannnn!!??
Ok, kenapa citer pasal matematik?
Gini, semalam adalah Girls day Out bersama anak masing2.. Aku dan adik2 aku Teh & Najwa bersama anak masing2 dan meninggalkan suami masing2 (koffff!!) telah bersama2 bersatu tenaga utk berfoya-foya mencuci mata dan shopping serta makan-makan dan bergossip tentang jiran tetangga dan rakan sekerja. (-_-;)
Lokasi sasaran kami adalah pusat membelibelah popiler dibandar Melaka.
Masa tengah jalan2 tu aku ternampak la satu stall yg jual beraneka jenis kek lapis.
Menitikkkkk air liur uolss!!Aku kan pencinta makanan.. haruslah aku teruja kan?? Dah la berwarna warni.. nampak fresh dan sungguh mengiurkan.Aku pun gi lah kat stall tu. Budak yg jaga kedai tu pun agak ramah tamah dengan aku. Harus laa ramah kan...kalau menyombong baik tak payah meniaga..
Harga kek lapis kat situ pun agak ok la... Aku berkenan pada kek yg dah siap slice ketulan kecil dan ada 3 flavour dalam satu pack. Harganya cuma Rm13 saja. Lebih kurang trial pack kekdahnye..
Aku pun angkat la 2 pack yg berharga rm13 tu. Masa nak bayar tu, aku tengok budak yg jaga stall tu terbongkok2 cari something dalam laci.Lama gak dia cari benda tu...akhirnya jumpa. Ingatkan apa, rupanya adalah sebuah KALKULATOR.
Muskhil.. tapi aku diam aje la.. Kenapa ambik calculator eh? Aku pun bergossip la dengan perasaan sendiri "ohh agaknya dia nak kasi diskaun kot sbb aku beli 2 pack.." (gossip sia-sia)
Aku tengok dia tekan - '1,3 + 1,3 = 26'
Lepas tu dia cakap "ok kak, sume skali RM26 je"
*jatuh*
bergurau apa!!??!!!!!
Adakah susah sangat nak mengira Rm13 + Rm13 sampai buat aku terpaksa menunggu dia mencari kalkulator begitu lama semata2 nak mengira jumlah pembelian aku?!
aaaiiih.... *kecewa*
Aku tuduh mesti budak ni selalu ponteng kelas matematik!!
Terus berjanji dengan perasaan sendiri "Aku mesti ajar kakcha dan adik rayyan belajar matematik dengan bersungguh2 kelak!!"
Nasib baik la budak tu berwajah lembut dan berbudi
bahasa.. Walaupun dia tak begitu cerdik mengira, aku
maafkan la dia dan tetap mendoakan peniagaan dia berjaya.
Amin.
Sekian.
My Angel Craft Contest - Kategori B
Hello korang..
Kali nih aku nak support Contest yg dianjurkan oleh member lama aku Ms. TiQ.
Contest nih agak mudah dan simple gile.. So, jom join ramai2!!
Syarat dan cara penyertaan boleh tengok kat sini :
http://myangelcraft.blogspot.com/2010/04/my-angel-craft-contest.html
Cuma perlu buat slogan "My Angel Craft...." ( tak lebih 15perkataan ye ).
April 18, 2010
Pengalaman Menjadi "Emak TyraBengs"
Sejak2 ade lappy (muntah) baru kat rumah bila2 pun gigih apdet blog sekarang.. hehei!!~
Semalam azat takde... so pagi2 buta aku dah online fesbuk.
Tetengah online tetiba ada sms masuk, ooh kak Nani rupanya.
Gedebak gedebuk... dia cakap member dia nak pinjam Kakcha dan Adik Rayyan utk jadi model dia. Actually member dia tu (Era namanye) adalah freelance photographer. So dia nak ketik gambar kanak2 utk portfolio dia la kekdahnya...
Eh'ehh....kau agak aku akan menolak ke nokss??? Haruss la aku terima offer tu dengan hati yg berbunga2.. hihi. Lagipun bukan murah tau nak berketik2 gambar dengan photografer pro..
Aku kejut kakcha.. tanya kat dia "nak tak jadi model hari nih ngan kawan ibu?" dia jawap "icha suke dapat pakai mekap.." bergurauu apa!?? ini bukan jawapan!!
So, lepas itu ini, aku pun bawak la 2 orang tonet tu ke Malim - rumah kak Nani. Lokasi yg dicadangkan adalah sawah bendang... Tapi memandangkan cuaca panas yaaamatzzz takut plak anak2 aku garing dalam sawah tu nanti, so Era mencadangkan pertukaran lokasi yakni di Pantai Puteri. Dalam hati aku "mak aihhhh jauh gilee..!" (padahal dalam melake gak..hehehe). Aku memang tak penah drive bawak 2 orang tu tanpa kehadiran azat jauh2.. paling tidak pun area2 bandar melaka aje laa.. bawak diorang makan2 / soping.. Nasib baik kak nani ikut naik keta aku.. so boleh tolong handle la kakcha n adik rayyan. Ah ya, selain kakcha ada sorang lagi girl 6yrs, Akma - anak jiran kaknani pun sekali jadi model smlm.
Sampai kat Pantai Puteri singgah kat TOILET dulu sbb kakcha pantang nampak toilet.. Mesti dia nak gi membuang. Kalau takde perasaan nak membuang (tak kisah le kecik ke besau) paling tidak pun mesti dia nak main air kejap.. eihh!! nak taknak layan kejap. (belum apa2 lagi dah jadi model yg kekwat.. koserr betul perangai kakcha nih)
Lepas tu baru lah sampai kat lokasi penggambaran sebenar (kofff!!!).
Sampai je, terus Era bagi make up suh tacap2 muka model. Tersengih2 kakcha dapat pakai mekap (aku pelik laa.. kenapa budak2 perempuan mesti tau pasal mekap walaupun mak dia takde seketul pun alat solek?) Dah pakai gincu tetiba mulut terus keras tak boleh katup.. Air liur nak terkeluar pun guna kuasa sedutan utk mengelakkan daripada jatuh.. Wahahahha!! mmg tak boleh blahhh tengok budak kecik pakai lipstik!!
Sepanjang sessi penggambaran mmg best la.. Sbb aku rasa Era & husbandnya mmg pencinta budak2. So nampak la mereka tu sabar dan tabah melayan karenah supermodel yg banyak cakap dan banyak songel serta cepat teruja bila dengar bunyi motor aiskrim lalu.. (-_-;)
Lokasi penggambaran pun bestt nokss.... cantik sangat dapat tengok laut yg bersih, kapal2 dan pelantar yg tersergam indah ditengah laut. Tak panas sebab sepanjang persisiran pantai tu penuh pokok rhu. So mmg redup dan sangat nyaman.
Lama gak la sessi bergambar tu. Memula aku pun cam nak ketik skali gambar diorang tapi dengan kamera kompek aku yg dah tercabut lens tu terasa sangat hina dan kerdil jika nak di compare kan dengan DSLR yg hebat, mantap dan bergetah tu.. aaiih... telan liur 60-70 kali aku dibuatkan.. bila lah dapat angkat seketul kan???
Dalam kul 2 sessi ketik gambau pun tamat. Diorang ajak gi makan tapi aku terpaksa menolak sbb nak singgah rumah najwa lagi.. Badan aku pun rasa letih mengalahkan mak supermodel sebenar (T_T;) ... Akhirnya terpaksa meminta diri utk pulang secara berasingan.
Lepas singgah rumah najwa, lepak2 jap.. aku pun bawak bebudak balik terus.
Tak sampai 5 minit, 2-2 dah pengsan kat seat belakang..
Sekian laporan tak berkenaan.
April 16, 2010
Pop Cakes Resepi
1) 1 roll swiss roll * aku tak sempat nak buat kek sendiri - so beli dah siap je :P **
2) 150g cream cheese
3) 50g icing sugar
4) Compound Dark chocolate - pakai brand Beryls lebih sedap
5) White Chocolate + strawberry emulco + fresh cream (fresh cream sikit je.. ala2 nak buat ganache tapi jangan cair)
Cara :
Pukul cream cheese + icing sugar.
Ramas swiss roll sampai hancur dan masukkan cream cheese tadi.
Gaul sebati dan bulat2 kan sebesar saiz ping pong.
Kemudian masukkan dalam petiais at least 2 jam..
Cairkan dark coklat (steam bath).
Cairkan white chocolate + cream + emulco - masukkan dalam piping bag utk hiasan.
Bila pop cake dah keras - celupkan dalam dark chocolate. Buat sampai habis.
Masukkan dalam peti ais sebentar sebelum di hias.
taraaa!! siap!
Tetiba Dapat Award :D

2.PASS THE AWARD ONTO 10 BLOGGER YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND THINK ARE FANTASTIC (sebenarnye dia nk 15 tapi aku tak sempat nak taip byk2..jadi tukar pada 10 sajalah.. kof!)
3. CONTACT SAID BLOG AND LET THEM KNOW THEY HAVE WON THE AWARD
Done (secara berperingkat)
4. STATE 7 THING ABOUT YOURSELF
- suka menulis
- suka makan
- suka memasak
- suka kanak-kanak
- suka melukis
- suka ketik gambar
- suka shopping
p/s: terima kasih byk2 pada AenaReal sbb sudi bagi anugerah pada blog pucat, usang dan bersawang ini. hikhikhik! (ah..ini aku gelak tau! bukan kesedu macam yahudi mabuk..kof!~)
April 02, 2010
Ini Entry Sedih..

March 08, 2010
Adakah Anda Hamba Internet?

Hai korang..
Hari tu aku dapat email dari officemate;
----- Original Message -----
as i was reading a book about Steve Jobs and Apple's stories/history and the history of Personal Computer, i kinda asked myself the questions below.....
Questions:
Answers:
so, hope you can share yours as well...
Oh!!! langsung tak pernah terfikir mengenai persoalan itu kalau dia tak tanya...
Seingat aku, aku mula kenal komputer masa aku form 1 (1992) - masa aku kat Sharodz. Kitorang tak kenal Windows pun time tu.. Kitorang belajar LOTUS - guna cakera liut hitam yang besau kejadah. hehe.. dah tu skrin monitor pun hitam aje.. tulisan je kaler hijau..
Untuk pengetahuan korang, aku adalah antara pelajar yg paling lemau dalam kelas komputer tu sbb aku tak suke belajar benda yg tak berseri (-_-;) *alasan*
Lepas form 5 aku start belajar komputer secara formal sebagai bekalan hari tua memandangkan aku mmg bercadang nak melanjutkan studi ke mana2 IPT. So, pau duit ayah aku dan belajar komputer kat Merlimau.
Ketua komputer tempat aku belajar tu adalah seorang lelaki separa botak, pendek yang gatal dan berwajah gile seks. Geli betul!!
Seingat aku, aku belajar 2 hari je. Hari 1st aku belajar dengan cikgu perempuan, cikgu tu ok, dia tunjuk screen monitor, aku yg gerakkan mouse sendiri... Tapi hari kedua aku kena belajar dengan botak gatal tu..selambe kodok pegang tangan aku lama-lama (bukan aku je..murid lain pun dia pegang - aku tuduh dia ambik kesempatan sbb wajah dia sangat gembira dapat pegang tangan gadis remaja. koff!!) Bedebah!! Guna pembaris tak boleh ke? Aku tak suke orang pegang tangan aku. Bukan lelaki aje, perempuan pun aku tak suke okeh..
Hari ke-3 aku terus tak datang kelas sampai bila2. (-_-;)
Aku tukar sekolah komputer yg lain. Dekat2 situ jugak.. tapi sekolah nih semua cikgu perempuan. OK la.. Dapat la belajar basic2 komputer dengan tenang.
Belajar internet plak masa masuk UTM (1998) - cikgu aku tentulah orang ganjil dari Tampin (menjeling maini).. Buat kali pertamanya aku register account email peribadi strychnine98@yahoo.com (1998 - tahun register). Secara tidak langsung ini menunjukkan selama 12 tahun sudah aku menjadi hamba internet (T_T).
Aaih...
Internet.. hehe.. macam2 kenangan dengan internet. Memandangkan aku adalah sejenis orang anti-social dalam kehidupan sebenar (dulu aku adalah si pemalu yg tak pandai bertutur secara lancar dikhalayak ramai, sekarang dah ok..), maka seluruh kehidupan aku banyak bersosial di internet sajalah. Dulu dapat boyfriend pun dari internet.
2009 - adalah tahun internet paling berjasa dalam kehidupan aku. Sebabnya, dengan menggunakan internet lah aku dapat mengembangkan perniagaan kapkek kelakar dengan jayanya.
Dan paling terbaik sekali dapat jumpa kawan2 sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, rakan2 UTM dan lecturer2 aku yg dah lama tak jumpa melalui Facebook. Gile best kehidupan ini!!!
Dan, nampaknya... kehidupan aku mmg tak boleh lari dari komputer dan internet.Bukti cukup jelas bila jumaat lepas - internet server down, kehidupan aku pun sangat down. Rasa kecewa berpisah dengan kekasih pun tak sehebat rasa berpisah dengan internet *percakapan meroyan*.
Oklah. Bye!!!
February 25, 2010
Hadiah Anniversary..
Sempena wedding anniversary aku & azat yg ke-5 tahun jumaat depan, aku bercadang nak belikan sesuatu untuk dia.
Memandangkan kami ialah pasangan yg sangat supersibuk, jadi bersenam mmg adalah perkara paling terkebelakang yg dapat dilakukan dalam kehidupan seharian.... aiiii.... tengok peratusan lemak selulit pada peha dan pinggang aku pun korang boleh agak dah berapa tahun aku tak bersenam.. (-_-;)
Jadi, korang rasa... ok tak kalau aku bli objek nih..
February 22, 2010
sembang kosong...
Baru aku perasan dah dekat sebulan aku tak apdet.. aih.. Akhir2 ini sangat supersibuk sampai tak cukup tidur kerana asyik buat macam2 perkara.
Sebenarnya macam2 nak tulis tapi tak tau nak mula dari mana?
Baiklah... dimulakan dengan Perniagaan Kapkek Kelakar.
Untuk makluman semua, pada 14 Februari yang lalu genaplah usia Lissa & Rayyan - My Little Cupcakes SETAHUN. Syukur Alhamdulillah, Allah bagi rezeki... terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan pada saya. Kak Nita sayangggg semuaa!~ (eh!! tetiba menjelma jadi anita serawak) (-_-;)
Pasal kakcha & adik rayyan?
Mereka berdua macam biasa. Sedang meniti liku-liku kehidupan dalam usaha memperkembangkan minda dan menambah pengetahuan. Kakcha sejak sekolah banyak tanya soalan2 aneh untuk aku jawab. Sampai satu peringkat aku terpaksa buat2 pengsan atau mengelupur kena rasuk bagi mengelakkan diri menjawab soalan2 beliau... (eh? berdosa tak aku buat camtu?) Kofff!!!
Malam semalam masa aku dok ajar dia buat keja sekolah, tetiba dia terpandang jari jemari aku yang halus mulus nih punya bulu roma.. terus dia tanya "Kenapa jari ibu ada misai?"
aaaihh...
Rayyan...? Si kacang yang pendiam tu... lagiiiiiiiiiiiiiiiii pening kepala aku dibuatnya.. umur dah 1.5tahun tapi sepatah haram tak reti bercakap. Heyy!! Cepatlah bercakap sebelum ibu tarik lidah awak!! Walaupun tak reti bercakap tapi dia bergerak sangat pantas. Sampaikan aku kadang2 terfikir adakah semasa hamil dulu aku banyak menonton drama bersiri Ninja? (tak berkenaan)..
Pasal Azat? Hmm... pejam celik pejam celik - kurang 2 minggu lagi kami bakal menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5 tahun. Sekejap je rasa... 5 tahun...
ah...nak cerita pun susah.. aku kurang selesa bercerita pasal perasaan aku terhadap lelaki ini bersama public. hehei!~
okla... esok2 aku update lagi... nanti aku share resepi baru. Lama tak tepek resepi.
Jumpa lagi. Sekian. tata!!~
February 01, 2010
Keluarga Terkecoh..
Hai korang...
heihei... Pernahkah anda beratur ketika membeli-belah?
Adakah anda sudah memastikan anak-anak anda diselenggara dengan baik ketika anda sibuk membeli-belah?
wah! soalan..apakah halnya?
Eeih korang! (mood gossip sambil muncung2) weekend arituh aku gi beli groceries kat Tesco melaka. Kebetulan diorang ada jual ayam murah (ayam mentah tau! bukan ayam - ipoh malii... *jeling selly rockes). Biasa lah kalo nak beli benda murah kena beratur.. so aku pun beratur la belakang ada sorang kakak ni..
Tiba2, ada 1 lelaki datang berhampiran kawasan jual ayam tu sambil bawak trolley yang berisi 3-4 orang kanak2 (trolley barang tu dia isi anak2 dia okeh!!).. Umur budak2 tu dalam 4 tahun ~ darjah 2/3 gituh.. Pastu dia beri arahan pada anak dia untuk beratur beli ayam. So, sorang daripada anak dia terjun trolley dan berdesup beratur belakang aku.
Lalu, lelaki berkenaan terus tinggalkan trolley yg berisi 2-3 orang lebihan kanak-kanak (err..maksud aku anak2 dia lah) kat tepi esbok yang berisi ikan/daging sejukbeku.
Ayoyo..tergamaknya!? Dah tu... anak2 dia punyalah hiruk pikuk dalam trolley tu..
Tak lama lepas tu, ada sorang pompuan lak datang dengan mulut yg teramat riuh. Rupanya tu wife dia.
Ohh.. ok.. ada penjaga lain rupanya budak2 tu..
Pastu, anak dia yg beratur belakang aku tu, jerit panggil mak dia. Eh, tak.. bukan jerit memanggil.. tapi jerit bercakap. Ala-ala bercakap macam 'mak kat dapur, anak kat pintu pagau luar rumah' padahal jarak lokasi ibu dan anak tersebut cuma beberapa sentimeter aje.. sbb mak dia pun sibuk ikut beratur belakang aku..punyalah bising wa cakap lu!!
Dapat tak korang bayangkan perasaan telinga aku yg terletak beberapa inci aje dari mulut budak tu? Bising yaamatzzzz tahap nak jentik je suh senyap..
Mak dia pun sama, suara dia satu Tesco boleh dengau (-_-;)
Tu belum masuk anak2 dia yg dalam trolley tu menjerit dan yang ketawa mengelegak dengan penuh perasaan riang ria tanpa menghiraukan masyarakat umum setempat. Yang sorang tu main pusing-pusing trolley - sangat bahaya ya adik-adik.. boleh kena orang lain, dan boleh buat adik awak jatuh, tahu tak!?
Budak yang belakang aku tu pulak tersangat hyper aktif, asyik menjerit dan mengusik2 semua daging dan ayam yang ada kat atas rak. Bukan tu aje, dia asyik bergerak ke sana-sini dan melanggar orang (terutama aku la sbb aku yg paling hampir dengan dia.. (T_T;) ) bukan aku je, kakak yg beratur depan aku pun dilanggarnya..
Mak & Ayah dia?? Selamba........, diorang boleh rilek je biarkan anak2 dia camtu...ala2 memberi kebebasan sepenuh hati kepada anak2 untuk mencari erti hidup... langsung tak kisah dengan aksi anak2 yang berbahaya walaupun beberapa orang yg berhampiran dengan lokasi kejadian telah menunjukkan ciri-ciri berwajah jengkel.
Aduihhh laa.... nak aje aku cakap kat family tu laki-bini......
"kak, saya percaya dengan yakin akak sekeluarga mengamalkan minuman kacip fatimah & tongkat ali serta minuman bervitamin tinggi untuk anak2 akak.. tapi dalam situasi seperti ini, saya dan customer lain sangat berharap agar kakak dapat memantau aktiviti anak2 kakak supaya tidak menimbulkan masalah dan kecederaan pada orang lain..."
Err.. tapi aku tak berani cakap lah.. tak pasal kang buatnya dia balas dendam suh anak dia sondol aku dengan trolley.. jatuh reputasi aku.koff!
Bye!